Zul Yahya sediakan makanan pandu lalu secara percuma.

Disaat seluruh dunia diserang dengan wabak COVID-19, semua terkesan tambah lagi dari segi ekonomi. Kerajaan negara kita telah memberi arahan Perintah Kawalan Pergerakan dimana kebanyakkan rakyat telah hilang sumber pendapatan. Walau bagaimanapun PKP ini perlu untuk memutuskan rantaian wabak berkenaan.

Oleh itu pihak kerajaan telah menyediakan pakej ransangan ekonomi untuk seluruh rakyat Malaysia, ia sekurang-kurangnya dapat mengurangkan beban rakyat. Tidak kita nafikan saat ini ramai yang terkesan hingga tidak mampu untuk membeli barangan dapur atau pun makanan untuk seisi keluarga.

Atas sebab itu ramai individu tidak kira dari badan NGO, orang awam mahupun selebriti tampil untuk memberikan bantuan kepada orang yang kurang berkemampuan. Antara artis yang aktif menderma adalah Zarina Anjoulie, Johan, Man Raja Lawak dan ramai lagi.

Bagi pelakon Zul Yahya, beliau menggunakan pendekatan berbeza dimana beliau menyediakan makanan iaitu lauk dan minuman di restorannya dan memberikan makanan itu kepada sesiapa sahaja yang memerlukan dengan kaedah pandu lalu. Apa yang penting perlu patuh pada arahan jarak sosial. Sememangnya usaha ini harus dipuji dan memudahkan orang ramai.

Assalammualaikum.. Delivery food kami stopkan dlu…

Tapi InsyaAllah setiap hari ada 1 lauk utk diberi percuma pada org ramai…

Mana yang dapat, Alhamdulillah… Yang tak dapat, try esoknya….

Ready utk pickup…. Jgn salah fhm… Kami tak meniaga tau… Ni utk sesiapa yg lalu, just ambil je….pastikan jarak anda ikut saranan kerajaan, 1mtr seorang….
.
Area meru raya dan yg berdekatan, jemput2…adik2 food panda, mai ambik air n lauk

Ramai yang memuji pendekatan dan perlaksanaan yang dibuat oleh Zul Yahya. Mungkin boleh jadi idea kepada pemilik kedai makan yang lain di luar sana jika ingin membantu meringankan beban rakyat yang lain.

Alhamdulillah.. semoga abg sekeluarga trus di beri kesihatan yang baik & sentiasa dalam rahmat allah swt. Amin @zulyahya70.

Semoga Allah limpahkan rezeki dan lindungi abg zul sekeluarga..aaminn.

Saya Doakan Bro Sentiasa di bawah Rahmat & Kasih Sayang ALLAH

Antara Artis yg saya sangat hormati.

Alhamdulillah..semoga dimurahkan rezeki. InsyaAllah kalau tamat COVID nanti, nak pi makan sana juga ..ada anak sekolah asrama kat kuala kangsar..boleh le jalan2 sekali.

ALLAHu..moga kebaikan yg dibuat akan dbls ALLAH kelak..harap kebaikan sebegini tersebar luas pd insan2 berkemmpuan yg niat nk brsedekah di luar sana..

Apa kata anda?
Kongsi Artikel Ini :