“Wey la bakpo Mat Yoe jadi lagu tu tuh?” – Zarul Umbrella

Drama Spontan Syahmi sentiasa di tunggu tunggu peminatnya. Syahmi Sazli production semakin di kenali kini dengan videonya yang kreatif dan telah mempunyai ramai pengikut tersendiri. Siapa tidak kenal dengan Syahmi anak kelahiran jati kelantan ini yang makin di kenali melalui video spontannya yang pasti menghiburkan netizen dan peminatnya.Syahmi juga telah menaikkan dua bintang juga dari negeri kelantan Asif dan Yoe Parey yang juga di kenali sebagai Yoe Inspector Cheras.

Gadingan Mantap dan kelakar Asif, Yoe bersama pelakon yang lain telah membuatkan video spontan Syahmi antara yang selalu trending di youtube dan juga viral di media sosial sama ada di facebook page miliknya dan juga instagramnya.

Hari ini, syahmi memuat naik gambar teamnya bersama Asif dan Yoe di instagram dan page menyatakan drama spontan 12 untuk esok.

Gambar ini telah menarik perhatian netizen dengan penampilan Yoe Parey yang berpakaian perempuan, berambut palsu dan juga bermekap telah menarik perhatian netizen.

Gambar ini juga turut di komen Zarul Umbrella menanyakan apa terjadi pada Yoe.

“Wey la bakpo mat yoe jadi lagu tu tuh? ” – Zarul Umbrella

Rata rata netizen tidak sabar menunggu video spontan terbaru esok dengan penampilan baru Yoe Parey atau inspector Yoe. Ada juga yang menyatakan belum di tayangkan sudah kelakar dan lucu. Hebat betul gimik dari Syahmi untuk peminatnya, sentiasa kreatif dengan idea yang sentiasa menghiburkan peminatnya

Syabas di ucapkan kepada Syahmi dan teamnya kerana telah melahirkan 2 bintang yang makin di kenali di media sosial kini Asif dan Yoe Parey, dan berjaya mengasah bakat mereka dengan cara tersendiri.

Tidak mustahil jika Asif dari golongan Autism dan Yoe Parey berjaya di bawah bimbingan Syahmi. Korang juga meminati Asif Yoe dan mengikuti video spontan dari Syahmi? Apa komen korang?

Sumber : Ig syahmisazli