Wanita ini kongsi tips resepi berat turun lebih 12kilogram!

Seorang wanita dengan menggunakan akaun @juzzlikajewelry telah berkongsi resepi diet miliknya dilaman twitter. Siaran perkongsian tersebut mendapat lebih 10ribu ulang siar! Ramainya orang nak diet.hehe

Menurutnya, dia mengamalkan Intermittent Fasting seperti yang dilakukan oleh aktres Lisa Surihani dan telah berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 11.9kg dalam masa 79 hari!

Tapi kalau korang tengok menu yang disediakan memang sedap-sedap. Rasa macam tak diet pulak. Boleh la kalau ada yang nak cuba. Yang penting boleh makan nasi!

Apa itu intermittent fasting?

Diet puasa atau intermittent fasting adalah cara untuk mengatur jadual makan dengan cara berpuasa makan selama beberapa waktu, namun Anda masih boleh ambil minuman. Dibandingkan dengan istilah “diet” yang biasanya merujuk pada pengurangan atau pembatasan makan, cara intermittent fasting lebih kepada mengatur kebiasaan makan Anda.

Diet puasa tidak mengatur makanan apa yang harus dikurangi atau apa yang harus diambil, tetapi lebih kepada mengatur jadual pemakanan anda dan bila harus berhenti makan alias “puasa”. Biasanya cara ini perlu berpuasa makan selama 16 jam, tetapi tempoh waktunya dapat Anda tentukan sendiri.

Jadi jangan lupa minum air banyak-banyak ye.

Gambar resepi yang boleh jadi idea korang nak makan apa untuk diet Intermittent Fasting. Siap boleh makan burger!

Jom la diet.hehe