Wahai netizen tolong dengar penjelasan Ali. Dah boleh henti kec4m Ali lepas ni

Isu kontr0versi yang melanda antara ahli keluarga dan juga isteri arw4h Abam sedang hangat diperkatakan. Ianya bermula dari video ziarah yang dimuat naik oleh usahawan terkenal Dato’ Aliff Syukri. Selepas tuIar video tersebut, rata-rata netizen mula menyaIahkan pihak Ali kerana seolah-olah telah mengabaikan isteri arw4h Abam dan anak mereka, Hamzah.

Ali mengaku atas kesiIapan dan keterIanjurannya mengeluarkan kenyataan terhadap kakak iparnya di IG dan telah memohon maaf sekaligus memadam status tersebut diruangan IG miliknya.

Dalam satu temubual yang dibuat bersama X Ria, Ali menjelaskan segala apa yang berlaku hingga membuatkan dia mar4h dan tercab4r ketika video Dato’ Aliff Syukri dimuat naik. Ada beberapa isu penting yang telah menjadi tanda tanya netizen hingga akhirnya menfitn4h dan menjatuhkan nama Ali dan ahli keluarga arw4h Abam yang lain.

Dalam video tersebut Ali telah menjelaskan satu persatu berkenaan dengan harta yang menjadi tanda tanya oleh netizen iaitu telefon bimbit milik arw4h, beg duit, kereta dan juga tidak membawa Hamzah ke klinik.

Satu persatu Ali menjawab dengan penuh hemah dan penjelasan yang diberikan sangat jelas.

Bagi Ali, dia sedikit pun tidak berniat untuk mengambil harta yang bukan miliknya. Dia melakukan adalah hasil persetujuan bersama dengan isteri arw4h untuk membantu menguruskan segala hutang piutang dahulu kemudian akan teruskan pada urusan faraid.

Untuk isu telefon bimbit, Ali menerangkan bahawa dalam telefon bimbit arw4h banyak urusan kerja yang masih tergantung. Jadi dia perlukan telefon tersebut untuk menghubungi orang-orang yang bekerja dengan arw4h untuk selesaikan kerja yang tertangguh. Manakala kereta MyVi yang digunakan oleh arw4h sebelum ini, bukan atas nama arw4h tetapi atas nama pakcik mereka. Ali perlu menguruskan segala hutang kereta tersebut dahulu seblum menukarkan nama kereta tersebut kepada Hidayah, seperti yang pernah diberitahu oleh arw4h Abam.

Selain itu, Ali menegaskan bahawa Hamzah dibawa ke klinik oleh pembantu arw4h Abam menggunakan kereta Myvi selepas disuruh oleh ibunya. Dan tidak wujud istilah naik grab seperti yang did4kwa sebelum ini.

Di bawah kami sediakan video lanjut penjelasan oleh Ali. Lebih baik sekiranya dengar dengan teliti sehingga habis sebelum membuat andaian sendiri. Malah perlu mendengar dari kedua-dua belah pihak. Mungkin selepas ini akan ada penjelasan dari pihak Nor Hidayah sendiri.

Apa-apa pun kami harap, isu hal keluarga ini dapat diselesaikan cara yang baik. Netizen juga tidak perlu mempertikaikan siapa benar dan siapa saIah. Hanya perlu ambil pengajaran dari perkara yang berlaku. Ramai lagi yang tidak arif berkenaan isu harta peninggaIan dan faraid.

Terdahulu, kita telah dikejvtkan dengan berita pemergian Allahyarham Abam apabila beliau disahkan telah meninggaI dunia awal pagi Isnin minggu lepas. Allahyarham meninggaIkan seorang balu, Nor Hidayah dan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini baru berusia lapan bulan. Jenaz4h Allahyarham telah selamat dikebvmikan lewat petang Isnin di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu, Gombak.

Vide0 :

Ini penjelasan @aliputeh89, tentang hal hangat ni…

 

Apa kata anda?
Kongsi Artikel Ini :