ViraI langit bertukar merah akibat jerebu di Indonesia

Tular di media sosial, gambar-gambar langit bertukar merah di Kabupaten Muaro Jambi kerana diliputi jerebu dan asap tebal, tengah hari tadi.

Keadaan mengerikan itu menggemparkan penduduk yang nyata kebingungan melihat fenomena yang jarang berlaku itu.

Walaupun kejadian berlaku pada waktu 12.30 tengah hari, keadaan seolah-olah sudah gelap kerana cahaya matahari dihalang oleh asap dan kabus yang tebal.

Bukan itu sahaja, udara di sana juga sangat berba haya kepada penduduk setempat dan pihak berkuasa Indonesia telah mengeluarkan arahan agar mereka tidak keluar dari kediaman masing-masing.

Namun, arahan tersebut tidak dihiraukan dengan sebahagian penduduk keluar untuk merakam gambar dan video kejadian tersebut.

Kredit : chempedakcheese