[Vide0]”InsyaAllah, doakan sahaja.”- Manisnya Farah Nabilah bertudung

Pelakon cantik Farah Nabilah hari ini kelihatan ayu dari biasa apabila dilihat cantik mengenakan hijab. Beliau memuat naik satu gambar dilaman IG memakai baju serba putih dan selendang berwarna pink. Nyata terlihat manis ayu apabila memakai tudung.

Mengulas pertanyaan wartawan tentang adakah dia sudah berhijab, Farah menjawab agar para peminat mendoakannya sahaja.

Dia yang hadir di saIah satu majlis sebuah butik tudung, memakai selendang keluaran syarikat tersebut.

Katanya lagi dia sebelum ini sudah terbiasa dengan memakai tudung di dalam lakonannya, jadi tiada masaIah baginya untuk mengenakan tudung pada bila-bila masa.

Namun, sekarang dia masih lagi dalam proses mendaIami dan membersihkan diri sebelum membuat keputusan untuk terus memaki tudung. Dia bagaimanapun mengharapkan doa dari para peminat. Tidak dapat dinafikan Farah nampak lebih cantik dan ayu bila mengenakan hijab. Perkongsian tersebut mendapat reaksi positif dari para pengikutnya di IG melihat penampiIan Farah yang berbeza.

Farah Nabilah baru-baru ini telah mengumumkan akan meIangsungkan perkahwinannya bersama kekasih hati Mohammed Amirul Yunus seorang juruterbang. Tak lama sahaja lagi, patut bertambah seri bakal pengantin. Tentu sudah banyak persiapan yang telah dibuat.

Kami doakan perjalanan majlis nanti berjalan lancar.

Video :