[Vide0] Memang Lawak! Bila Nabila Huda cuba baca tulisan jawi. Habis segala bunyi itik ayam keluar

Penggunaan tulisan jawi makin lama makin kurang sehinggakan ada generasi baru yang sudah tidak tahu dan ambil peduli lagi. Tullisan jawi merupakan identiti orang Melayu sejak hampir seribu tahun yang lalu. Satu masa dahulu tulisan jawi merupakan tulisan perantaraan untuk orang Melayu.

Sejak beberapa minggu ini, tulisan jawi semakin diperkatakan dan kembali mendapat tempat di hati orang Melayu. Makin ramai yang mengambil inisiatif untuk belajar dan menulis semula dengan tulisan jawi supaya ia tidak hilang dalam arus moden kini.

Antara artis yang menyahut cabaran menggunakan tulisan jawi adalah pelakon hebat Azhan Rani.

Dia menggunakan tulisan jawi untuk semua posting yang dimuat naik di IG miliknya. Usaha yang dilakukan mendapat reaksi positif dari para peminat yang mana mereka juga turut meninggaIkan komen dalam tulisan jawi. Ini sekaligus dapat memupuk minat dan belajar kembali tulisan yang menjadi identiti orang melayu.

Melalui satu video yang dimuat naik, semasa di set penggambaran ‘Demi Cintaku Zainuddin’ bersama pelakon Nabila Huda, Nabila mencuba untuk membaca status yang dibuat oleh Azhan menggunakan tulisan jawi.

Kadang-kadang dia bunyi ular,

Kadang-kadang bunyi ayam,

Kadang-kadang bunyi kambing,

Kadang-kadang tak bunyi langsung,

Terbaik Abil! Ingat dia tak reti baca jawi ke?

Yang gelak-gelak tu tau ke tidak baca jawi?

Memang kelakar lihat kegigihan Abil baca jawi, walaupun kelakar Abil boleh juga la membaca tulisan jawi. Cayalah Abil. Biasa la gagap sikit-sikit tu. Boleh cuba lagi supaya terus lancar. Perkongsian yang dibuat turut mendapat perhatian pengikutnya di IG.

Rata-rata turut terhibur dengan gelagat Abil yang sememangnya selalu membuatkan orang tak kering gusi.

Malah ada juga yang berkongsi situasi yang sama seperti Abil apabila membaca tulisan jawi.

Lama sangat tinggalkan huruf jawi, masa ayah kerja utusan… Hari2 bawa balik utusan jawi tapi tanak baca.

Sebiji mcm aku kalau baca jawi. Haha tp still boleh baca hokey..

Saya pun blh baca jawi lg tp kalo ada yg ssh kadang berbelit jg lidah nasib ada anak² yg tolong. lg satu huruf jawi skg ada penambahan contoh (ye,ta’ ape tah anak ckp x igt, lg dua x ingat)

Haha sama laa kita abil kdg2 bunyi kelain, slow2 blajar InshaAllah boleh. Dlu sy blajar melalui surat khabar utusan malaysia saje setelah bertahun2 tinggalkan jawi di skolah. Alhamdulillah masih mengenal biarpon perlahan2

Sebab tu ustaz, ustazah, mak ayah, org dulu2 pesan kite kena ari2 mngaji supaya lancar baca jawi…. Peringatan kt diri sndri jugak

Mula2 agak gagap, tp bila hari2 baca mcm ada lancar sikit.. Tq Mr azhan

Vide0 :