[Vide0] Bila Hero-hero Kelantan beraksi. Memang orang Kelantan ni banyak yang kacak-kacak dan cantik-cantik ye

Baru beberapa hari lalu telah berlangsungnya pertandingan akhir untuk Mr Hero Kelantan untuk tahun 2019. Untuk pengetahuan pertandingan ini sudah beberapa tahun telah dijalankan untuk mencari wajah-wajah yang dapat diketengahkan selain mempunyai bakat tersendiri.

Untuk permulaan seramai 21 orang jejaka telah dipilih dari seluruh pelosok negeri Kelantan, mereka ini akan diuji dengan pelbagai ujian untuk melayakkan mereka diadili untuk menjadi juara. Selain dari pertandingan Mr Hero Kelantan, Miss Heroin Kelantan pun ada.

Memang kebanyakkan orang dari negara pantai timur ni cantik-cantik dan handsome-handsome. Malah mereka juga mempunyai bakat berniaga yang luar biasa. Jom tengok sikit peserta hero-hero kelantan.

Untuk tahun ini pemenang untuk Mr Hero Kelantan jatuh kepada Hanif Ikram yang berasal dari Tanah Merah. Manakala untuk juara Miss Heroin Kelantan pula dimenangi oleh Farah Zainuddin.

https://www.instagram.com/p/B8FvhvEJEBm/

Nobody cares about your story until you win. So WIN !

Tahniah kami ucapkan kepada para pemenang. Semoga dapat melebarkan sayap dalam industri hiburan pulak lepas ni. Bagus juga pertandingan seperti ini dibuat untuk mencari bakat-bakat baru yang bukan sahaja meletakkan 100 peratus kepada wajah yang cantik atau kacak, tetapi memerlukan seseorang yang mempunyai ilmu dan berkeyakinan yang tinggi. Jadi tak ada lah nanti jadi kejutan budaya bila melangkah masuk ke alam bidang hiburan.

Ada yang nak daftar untuk tahun depan ke?

Apa kata anda?
Kongsi Artikel Ini :