Topi konvo(mortar board) jatuh ketika diatas pentas terima ijazah, pelajar ini masih mampu tersenyum.

Sekarang telah bermula musim majlis konvokesyen bagi Universiti Kebangsaan Malaysia. Sudah semestinya bila tiba musim graduasi pelbagai peristiwa gembira sedih dan lucu yang dapat kita saksikan.

TuIar di laman twitter hari ini apabila sebuah video semasa majlis konvokesyen berlangsung bagi pelajar ijazah jurusan Sarjana Muda Farmasi. Dalam video tersebut seorang pelajar bernama Lee Hui Fen ketika namanya dipanggil topi konvo atau dipanggil mortar board terjatuh dari kepalanya.

Beliau bertindak meletakkan semula topi tersebut tetapi jatuh hingga 3 kali. Ini menyebabkan Pro Canselor UKM iaitu Yang Teramat Mulia Tunku Puteri Intan Safinaz membantu pelajar tersebut membetulkan kedudukan topi tersebut.

Situasi tersebut mendapat reaksi tepukan gemuruh dari seluruh tetamu yang hadir. Walaupun begitu, pelajar tersebut dilihat tersenyum semasa berjalan turun. Sudah semestinya peristiwa ini akan menjadi kenangan yang paling bermakna.

Video :

 

Guys kalau pakai mortar board please make sure ketat and jangan letak belakang sangat nanti jatuh macam graduan ni.

Kudos to tetamu dalam dewan yang supportive bagi tepukan semangat dekat dia kalau I dah menggeletar kaki atas pentas.

Melihat reaksi warga netizen, rata-rata netizen terhibur serta memuji pelajar tersebut yang masih mampu tersenyum.