Terima kasih team istana bagi KFC! Hargai dan perihatin dengan para pengamal media!

Sejak dari awal pagi semalam keadaan politik di negara kita menjadi tanda tanya kepada semua rakyat Malaysia. Sehingga Perdana Menteri Tun Dr Mahathir telah membuat keputusan untuk meletak jawatan sebagai perdana menteri dan beberapa menteri lagi telah keluar dari parti PKR.

Sudah pasti dalam keadaan getir begini, pengamal media, para wartawan merupakan orang yang paling sibuk menantikan segala jawapan atau info yang sahih untuk disebarkan kepada seluruh rakyat Malaysia yang sekarang ini menanti dengan penuh debaran dan tanda tanya.

Jika kita lihat mereka menunggu dari semalam hingga ke hari ini, malah rata-rata mereka tidak sempat untuk makan dan hanya makan coklat untuk lapik pertut sementara menunggu keputusan dari pihak tertinggi.

Prihatin tentang isu tersebut pihak Istana telah memberikan berpuluh-puluh kotak KFC dan diberikan kepada pengamal media yang menunggu di luar pintu utama Istana negara. Perkara ini dikongsikan sendiri oleh salah seorang wartawan yang berada di sana.

Terima kasih team istana bagi kfc! Hargai dan perihatin dengan kami para pengamal media!

Menyedari akan penat lelah para wartawan di Malaysia yang telah berkampung di Istana Negara sejak jam 7 pagi tadi lagi (rata-rata mereka hanya sempat makan coklat untuk menahan lapar), pihak Istana membawakan berpuluh kotak KFC untuk mereka menjamu selera.

Itulah keindahan hati Agong dan Permaisuri kita. Daulat Tuanku!!

Perkongsian yang dibuat mendapat pujian dari warga netizen yang suka melihat keprihatinan dari Agong dan Permaisuri

Dalam kes ni aku tgk YDPA lebih prihatin kepada rakyat marhaen compared to ahli politik. Dirgahayu YDPA!

Alhamdulillah terharu ade Agong yang baik hati . Semoga kita dapat menjejak sifat mahmudah ni selama hidup.

Memang tidak dpt dinafikan sifat pemedulian Agong dan permaisuri terhadap rakyat nya terbaik.. Moga Allah sentiasa merahmati Agong dan Permaisuri Negara Malaysia.. amin

Menjunjung kasih Tuanku. Terbaik!! Antara legasi agong yg penuh berjiwa rakyat..Dalam kesibukan baginda melayan kerenah ahli politik, sempat lagi baginda fikirkan rakyatnya di luar. Yg di luar sana, jgn sesekali sentuh agong, kerana baginda payung buat org melayu Islam di Malaysia!

Alhamdullilah… Naseb permaisuri tak lipat lengan baju, open khemah masak kat situ.. Mmg terbaik lh.. Semoga allah sentiasa memberi kebahagian dan keindahan dlm kehidupan tuanku berdua.

Vide0 :

Apa kata anda?
Kongsi Artikel Ini :