Terdengar suara mak cakap tolong,aku lari masuk rumah, nampak mak terbaring dah dekat ruang tamu

Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Nama aku Rambuutan, kawan kepada Maria.Aku nak luah dekat sini bahawa seingat aku, sepanjang hidup aku, aku tak pernah cakap aku sayang mak aku dekat mak aku. Bukan aku tak sayang, cuma aku tak pernah cakap.Dalam adik beradik aku, aku sorang je yang paling kenal mak aku sebab aku je yang duduk lama dengan mak ayah aku. Abang, kakak aku duduk asrama masa sekolah kemudian merantau dan terus kawin. Sebelum masuk belajar dan selepas habis belajar aku memang duduk dengan mak ayah. Kerja pon dekat.

Nak dijadikan cerita, mak aku normal dengan orang lain tapi bila dengan aku, mak aku ni macam nakal. Aku dari kecik memang tak nakal langsung. Tapi mak aku memang nakal sampai sekarang aku jadi mngsa. Orang lain selalu ada anak nakal kan, tapi k3s aku terbalik. Aku nak share pengalaman aku je.

Peristiwa 1

Pada suatu petang, aku duduk dekat luar rumah, angin sepoi-sepoi bahasa, burung berkicauan. Aku hirup udara segar kampung. Tiba-tiba phone berdering, tertera nama ‘Mak’. Aku angkat, aku dengar suara mak aku cakap ‘tolong’. Sepantas kelajuan cahaya aku berlari masuk rumah, aku lompat pagar rumah aku. Sampai dalam rumah, aku nampak mak aku terbaring dekat ruang tamu, lepas tu aku dengar mak aku cakap

“Tolong ambilkan remote tu Buutan, mak tak sampai” sambil tunjuk remote yang jarak semeter dari beliau.Aku kenangkan syurga bawah tapak kaki beliau je masa tu.

Peristiwa 2

Aku balik dari kerja dalam pkul 5 petang, aku baring dekat kerusi depan. Aku terlelap. Tiba-tiba aku terasa panas, pandangan aku kabur. Kedengaran suara orang mengaji. Aku cuba bangun walaupon rasa berat sangat.

Aku nampak mak aku dekat tepi tengah pakai telekung sambil baca Surah Yassin..“Eh Buutan hidup lagi kau” kata mak aku sambil berlalu pergi.Aku speechless masa tu, termenung seketika aku dahla berpeluh kena selimut dari hujung kaki ke hujung rambut. Takpa la, at least aku ada pengalaman mniggal.

Peristiwa 3

Ada satu hari tu mak aku ajak tengok cerita hantu dekat astro citra. Mak aku pujuk aku cakap nanti nak belanja lollipop la apa la kalau teman beliau. Aku tetap tak nak sebab pagi tu ada rancangan nak jogging. Aku ingat lepas subuh pkul 6 macam tu terus jogging untuk menguruskan badan. Jadi aku kena tidur awal untuk bangun awal.

Tengah sedap tidur, alarm berbunyi. Bukan alarm phone aku, tapi alarm phone mak aku tapi phone beliau tu dibawah bantal aku. Tengok jam baru pkul 4 pagi.

Mak aku balas dndam tu sebab tak teman beliau. Sudahnya aku pegi sahur. Aku tak jogging.Pagi tu muka aku masam je. Aku perhati je mak aku sengih-sengih macam Spongebob..“Buutan jom pegi K FC, mak belanja kau pinggan ular”..Sebagai seorang anak, aku pon maafkan mak aku selepas aku kenyang. Lepas tu baru aku ingat aku puasa hari tu.

Peristiwa 4

Aku dah bertekad untuk diet, aku dah berjaya diet selama 3 hari masa tu. Malam tu, aku tengah duduk dekat bilik, pintu aku biar buka. Tiba-tiba mak aku datang bawa char kuew tiaw, air Milo sejuk. Mak aku pon duduk bersila depan pintu aku, baca doa dan makan.

Dekat rumah aku ada 3 meja makan dan 14 kerusi makan tetapi mak aku memilih untuk makan depan pintu bilik aku. Mengapa ye tuan puan?..“Buutan, mak skit perut la, tengok kan makanan ni kejap mak nak ke bilik ayor.”

Aku pon tengokkan makanan tersebut, lepas tu rasa la sikit-sikit. Takda la rasa banyak, 5 sudu je. Air Milo dia nikmat. Aku nak jenguk mak aku kt bawah, takut kantoi. Tapi aku nampak mak aku tengah duduk tengok tv makan karipap. Mak aku nampak aku,..“Buutan, kalau dah habis makan pinggan dengan cawan tu bawa turun.”Aku sedekahkan Al Fatihah kepada diet aku yang 3 hari menemani aku. Kini tiada lagi.

Peristiwa 5

Peristiwa ni takda kena mengena dengan aku cuma aku tak boleh lupakan.Mak aku baca majalah. Lepas tu mak aku tanya aku maksud metrosexual kat aku sebab ada tulis dekat situ. Aku jawab la lelaki bergaya dan kemas kot.

Lepas tu suatu hari Persatuan Village Onions datang rumah aku adalah dalam 5-6 orang makcik. Mereka kupas isu lgbt masa tu.Salah seorang makcik tu ada sebut perkataan homosexual. Dengan yakin nya mak aku mencelah,

“Saya tahu se xual-se xual tu, anak lelaki saya ada sorang yang macam tu”Persatuan Village Onions speechless. Lepas 15 minit aku gelak guling-guling, aku buat pembetulan dekat makcik-makcik tu. Baru la ceria sikit muka mereka lepas aku terangkan.

Peristiwa 6

Mak aku suka main game tapi ayah aku tak pernah tahu. Mak aku pandai sembunyi kan kegiatan beliau. Mak aku kadang main game masa lipat kain, bila ayah aku datang, mak aku letak phone dekat bawah kain baju beliau lipat tu lepas tu pura-pura lipat kain.

Hari tu pernah, mak aku tengah masak sambil main game, tiba-tiba ayah aku datang, mak aku letak phone beliau dalam peti ais sebab takut kena marah dengan ayah aku. Aku yang terkejut bila buka peti ais tu. Aku tengok si Layla mobile legends mengigil sejuk dalam tu ha.

Peristiwa 7

Ni bukan peristiwa tapi terjadi hari-hari. Mak aku takut naik kereta kalau aku yang drive. Mak aku takut tapi hari-hari suruh aku bawak beliau. Kadang rumah jiran selang 2-3 rumah pon mak aku suruh aku hantar. Jiran aku tu kalau dia kentut pon aku boleh dengar dari rumah aku, kalau drive tu tak payah masuk gear pon dah sampai.

Pernah aku nak pergi kedai dengan mak aku, akak aku call, lepas tu aku dengar mak aku cakap,“Okay lah kalau panjang umur aku call balik, nak menggadai nyawa dengan Buutan jap.”

Masa dalam kereta, mak aku akan genggam pemegang dekat atas tu, tangan lagi sebelah beliau pegang bahu aku. Bila nak kona ke nak langgar bonggol ke mesti beliau genggam bahu aku kuat-kuat macam orang nak bersalin tu, nafas turun naik. Gayat kot, tapi tulaa pergi kedai depan rumah je kot. Bawak 40 je.

Tapi kalau dengan ayah aku lain. “Laju lagi Buutan, laju lagi”, “Potong kereta tu Buutan, potong”, “Drift Buutan, drift”.

Peristiwa 8

Mak aku pernah pinjam phone aku nak call pakcik aku. Aku pon biar jela, aku pergi makan. Dalam 15 minit macam tu, mak aku senyap je. Aku intai dari belakang mak aku, aku tengok mak aku tengah whatsapp dengan boifren aku.

Dengan muka tak bersalah mak aku pulangkan phone aku,..“Nah Buutan, abiy kau kirim salam”.

Peristiwa 9

Aku ada diari zaman sekolah menengah, masa budak-budak sangat. Aku simpan dalam kotak dekat bilik. Masa tengah kemas, aku baca balik, mengimbau kenangan silam. Aku tersenyum, ketawa sorang-sorang bila baca diari tu. Mak aku masuk bilik..

Mak. : Gelak apa tu Buutan?…Aku. : Tak ada apa lah. Baca dulu punya kenangan….Mak : Oow mak pon nak tahu jugak, ceritalah..Aku : Tak boleh mak, ni rahsia Buutan…Mak. : Ha yela, tapi muka surat kedua terakhir tu paling kelakar kan. (Sambil buat muka spongebob). Mak dah khatam 10x masa kau takda kat rumah hahahahahaaaaaa. Best la baca diari kau….Aku. : Makkkkk!!!!!!

Peristiwa 10

Aku dekat tempat kerja masa tu, nak balik. Aku tengok phone, aku baca whatsapp mak aku,“Buutan, mak dah takda nyawa dah ni, balik cepat sikit.”…Rancangan aku nak mengopi dengan kawan dibatalkan. Aku bawa motor laju, selamba je aku potong mat rempit, asalnya aku pakai tudung tapi sampai rumah dah jadi kelambu.

Aku cari mak aku, aku dah risau. Aku nampak mak aku tengah duduk. Nampak runsing,..“Buutan, bagi mak nyawa sikit dekat Gardenscapes (nama game), mak perluukan satu je lagi star ni ha.”

Aku sayang mak aku dunia akhirat, tapi aku tak reti nak luahkan. Walaupon mak aku selalu prank aku, aku sayang mak aku.

Sumber : Dunia Kini