Tarikh cantik jadi pilihan. Tahniah Aiman Hakim Ridza dan Zahirah Macwilson

Tahniah kami ucapkan buat pasangan pelakon Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Ridza yang telah selamat diijabkabulkan sebentar tadi. Zahirah telah sah menjadi isteri kepada Aiman dengan hanya sekali lafaz sahaja.

Mereka memilih tarikh 20.02.2020 sebagai tarikh istimewa untuk mereka tambah lagi bulan Februari juga merupakan bulan kelahiran bagi Zahirah. Terdahulu mereka telah berkenalan empat tahun yang lalu tetapi mula rapat pada tahun 2018.

Pasangan ini telah mengik4t tali pertunangan pada Jun tahun lalu di Australia. Kedua-dua mempeIai tampil cantik dan segak dengan persalinan warna putih. Zahirah dilihat sebak apabila sah bergeIar isteri kepada Aiman sambil ditemani ibunya di atas singgah sana.

Terdahulu malam semalam Zahirah dan Aiman telah mengadakan majlis malam berinai yang penuh meriah. Majlis berinai tersebut mengambil tema Bollywood malah Aiman dan Zahirah siap menari lagi. Dah macam Shah Rukh Khan dan Kajol!

Tahniah kami ucapkan buat pasangan sama cantik sama padan ini. Semoga ikatan perkahwinan yang dibina kekal sampai ke syurga.  Rata-rata peminat dan pengikut turut mendoakan dan memberikan ucapan tahniah buat mereka.

Selain Zahirah dan Aiman, Emma Maembong juga telah diijabkabulkan tengah hari tadi bersama pasangan pilihan Shazli seorang juruterbang. Tahniah juga buat Emma! Pandai Emma menyimpan rahsia selama ini.

Pasangan ini hanya berkenalan dalam waktu yang singkat sebelum membuat keputusan untuk mengikat perhubungan ke fasa yang lebih serius.

Jom kami kongsikan gambar sekitar Majlis akad nikah pasangan sama cantik sama padan ini.

Vide0 :

Apa kata anda?
Kongsi Artikel Ini :