Tampil Hijab Penuh di Milan Fashion Week, “Saya Rasa Bangga, Dapat Bawa Gaya Hijab Penuh Ke Ruang Fesyen Antarabangsa.” Penampilan Neelofa Cetus Sensasi

Tidak dinafikan, antara fokus yang sering dikaitkan dengan Neelofa dan fesyen adalah hal berkaitan stail hijab yang digayakannya saat menghadiri acara-acara besar atau ketika berpergian ke luar negara.

Lalu, penampilan hos dan pengusaha Naelofar Hijab berusia 30 tahun itu menjadi bualan ramai, terutama peminat dunia fesyen.

Misalnya gaya serta penampilan Neelofa yang dilihat mengenakan hijab penuh ketika menghadiri pertunjukan fesyen MaxMara di Milan, Itali baru-baru ini mencetuskan sensasi di media sosi al.

Rata-rata peminat dan pencinta fesyen hijab memberi reaksi positif serta memuji penampilan figura jelita asal Kelantan ini.

“Sekitar setahun lalu, saya tampil dengan imej turban setiap kali berjumpa individu fesyen penting di luar negara kerana mahu memperkenalkan kepada mereka yang wanita berhijab juga mampu melaram dan kelihatan bergaya.

“Saya tahu, jika mengenakan tudung dengan gaya normal, saya sukar diterima di sana. Disebabkan hal itu, saya cuba tampil dengan stail kreatif ketika berada di luar negara,” kata Neelofa.

Bagaimanapun, bagai memberi satu kelainan, Neelofa tampil ‘wow’ dengam mengenakan gaya dalam hijab penuh polos putih sedondon sut yang digayakan.

“Namun, ketika menghadiri pertunjukan fesyen MaxMara sebagai satu-satunya tetamu yang mengenakan hijab penuh, dan diminta bergambar oleh beberapa jurugambar, saya berasa hajat saya untuk membawa stail hijab penuh ke luar negara telah terlaksana.

“Saya berasa bangga. Bukan kerana dapat menghadiri majlis fesyen, tetapi dapat membawa gaya hijab penuh ke ruang fesyen antarabangsa.” katanya optimis.

Neelofa sebelum ini turut berada di New York bagi memenuhi undangan beberapa label fesyen di sana untuk menonton koleksi fesyen terkini bersempena dengan Minggu Fesyen New York.

Kredit : MH via KLPress