“Takde La Harga Sampai RM80K, Baik Beli Emas”, Tunku Azizah Selamba Jawab Bila Ditanya Soalan Ini

Selasa lalu, Istana Negara telah menyaksikan satu lagi peristiwa penting dalam lipatan sejarah tanah air apabila Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ditabalkan secara rasmi sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 dalam istiadat yang berlangsung dalam suasana penuh tradisi dan adat Raja-Raja Melayu.

Pelbagai kisah menarik dirakam antaranya gaya bersahaja Al Sultan Abdullah memegang tangan Tunku Azizah sambil mengayun-ayunkan tangan mereka. Ramai yang memuji sifat romantis pasangan Raja dan Permaisuri Agong itu.

Malah sebelum perbatalan lagi, pelbagai kisah Agong dan Permaisuri yang mesra rakyat menjadi buah mulut masyarakat. Paling mencuri tumpuan pastinya sifat Tunku Azizah yang dilihat beberapa kali tampil dengan gaya bersahaja mendekati rakyat.

Sejak itu, kisah Tunku Azizah tular di media sosial, tidak kira gaya hidup baginda mahupun gaya pemakaian dan fesyen yang dipakai.

Ramai juga warganet dan pengikut Tunku Azizah yang tertarik dengan fesyen tudung yang sering digayakan oleh Permaisuri Agong ke 16 ini. Nampak ringkas nampak aura kecantikannya begitu terserlah.

Terkini dalam temubual Tunku Azizah dengan Utusan online, baginda sempat ditanya tentang tudung bawal yang sering dipakai. Dengan berseloroh beliau menjawab;

” Tudung bawal saya tidak ada la sampai RM80 ribu, RM50 ribu..saya pernah check harga sampai RM12 ribu, baik saya beli rantai emas jer”

Tunku Azizah turut menambang beliau bukanlah seorang yang jenis terikut-ikut dengan fesyen golongan elit lain yang suka memakai berjenama, namun hanya membelinya sekiranya betul-betul suka barang tersebut.

” Saya bukanlah jenis yang, orang pakai Hermes ataupun Gucci apa semua.. tak tak takk..kalau saya suka saya beli, saya mengaku itu saya ada semua beg tu..

” Tapi saya tidak pandai berfesyen stail ropol ropol, gitu gini..saya tidak pandai..saya pakai ’round neck’ ataupun baju kurung dan itu yang Rizalman dan dia faham ( citarasa).

” Mula-mula Dato Rizalman tengok saya masa saya kahwin dan dia suka, then saya tanya bila nak buat fesyen untuk saya begitu begini..Kemudian Rizalman beritahu, “No, your signature look, identity is there. Thats how you going to dress for the rest of your life. Tak perlulah tukar sebab ‘less is best, elegance”.

Kata Tunku Azizah lagi beliau juga menyukai baju kurung Johor terutama pada waktu usia sekarang, banyak memakai baju kurung.

” Dulu saya suka juga pakai seluar jeans tapi bila teringat mak umur 50, 40 pun tak pakai jeans kan..kita umur 50 masih nak pakai jeans..tak payah tak jadi dah..”, seloroh Tunku Azizah.

Bagi yang ingin mengikuti temu bual penuh Tunku Azizah

Sumber: utusan