Tahniah kami ucapkan buat Emma Maembong! Selamat pengantin baru

Akhirnya teka-teki tentang perkahwinan Emma Maembong terjawab apabila sebentar tadi Emma telah selamat diijabkabulkan dengan pasangan pilihan hati, Shazli. Dengan hanya sekali lafaz sahaja mereka telah sah bergeIar pasangan suami isteri.

Emma nampak manis mengenakan persalinan baju kurung berwarna putih dan Shazli juga mengenakan baju melayu berona serupa. Majlis pernikahan ini dilakukan secara tertutup yang hanya dihadiri oleh ahli keluarga dan sahabat terdekat sahaja.

Menurut sumber, perhubungan Emma dan bakal suami berlangsung dalam tempoh singkat sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin. Dakwaan mengatakan bakal suami Emma adalah kerabat diraja adalah tidak benar. Sebaliknya, lelaki berusia 32 tahun itu bekerja sebagai juruterbang di syarikat penerbangan swasta tempatan.

Perkongsian ini dimuat naik oleh akaun IG kelab peminat Emma Maembong dan juga jurugambar rasmi untuk majlis pada tengah hari ini.

Tahniah sekali lagi kami ucapkan buat pasangan Emma dan Shazli. Semoga perkahwinan ini diberkati dan berkekalan hingga ke Syurga. Rata-rata para peminat juga turut mendoakan agar pasangan ini terus bahagia.

Wah encem suami dia, sama padan dgn emma yg cantik, tahniah buat keduanya

wahhhhh bgusssnyaaa… tak menunjukk2 hari2 kt ig .. tahu2 kawin je allhamdullilah semoga bahagiaa hgg ke janna

Seiras suami & isteri..semoga berkekalan hgga ke jannah..amin.

Sangat confident shazli ney.. xnmpk gugup pn.. hehe.. congrate si cantik

Aamiin…Alhamdulillah..tahniah Emma..smuga bahgia hingga syurga

Pasti ramai yang terkejvt dengan pernikahan mereka berdua, tetapi pasti Emma dan pasangan mempunyai alasan tersendiri untuk merahsiakan majlis pernikahan mereka berdua.

Vide0 :

Apa kata anda?
Kongsi Artikel Ini :