Tahniah! Izara Aishah dedah jantina anak. Tak sabarnya nak tunggu baby lahir nanti

Pelakon Izara Aishah yang kini sedang mengandung tujuh bulan telah mended4hkan jantina anaknya dalam satu majlis Baby Shower sebentar tadi. Majlis yang diadakan cukup meriah dihadiri oleh ahli keluarga dan juga rakan-rakan terdekat. Mesti ramai yang tak sabar untuk tahu jantina anak yang bakal dilahirkan oleh Izara nanti.

Semasa majlis tersebut Izara telah mended4hkan bahawa jantina anaknya adalah perempuan! Wah, tahniah kami ucapkan buat Izara dan pasangan Adib Khalid. Berita ini dimuat naik oleh Datuk Sri Siti Nurhaliza di IG story miliknya. Makin berseri-seri muka ibu mengandung ni.

sementara tunggu #mumtobe2020 @izaraaishahofficial datang..

Ibu ibu amik gambar dulu.. #izarashowerbaby

Pelakon cantik manis ini telah mendirikan rumah tangga bersama anak tiri kepada Dato Sri Siti Nurhaliza iaitu Adib Khalid pada November 2017. Kira-kira dua tahun usia perkahwinan pasangan ini masih belum dikurniakan cahaya mata sehingga ada segelintir pihak membuat tuduhan pelakon Sejoli itu manduI.

Alhamdulillah kini Izara hanya tinggal lagi dua bulan sahaja menunggu kelahiran cahaya mata dalam keluarga kecilnya. Kami doakan agar kesihatan Izara dan bayi dalam kandungan sentiasa sihat dan dipermudahkan segalanya nanti.

Vide0 :

Apa kata anda?
Kongsi Artikel Ini :