Syatilla Melvin bengang produknya di tuduh ada barang terIarang!

Syatilla Melvin yang juga lsteri kepada Shaheizy Sam nampaknya berang dengan tuduhan warga twitter tentang produk yang dikeluarkan. Seperti yang sedia maklum, beliau mengeluarkan produk kecantikan seperti lipstik dan foundation dibawah jenama kekasih.

Seorang warga twitter menggunakan akaun @atensyazz sebelum itu menyatakan bahawa dia tidak percaya dengan mana-mana produk tempatan dan memetik nama Syatilla Melvin bahawa produknya mempunyai mer cury.

Syatilla bertindak memuat naik screenshot tuduhan tersebut dan menggesa bukti seperti yang dituduh. Selain itu juga, Syatilla turut menggesa supaya pemilik akaun tersebut membuat permohonan maaf dan menarik semula tuduhan yang tidak berasas itu.

Katanya lagi, beliau tidak teragak-agak untuk menyaman individu terbabit.

Ok aku rasa dia main dengan silap orang. SAPA KENAL PEREMPUAN ni? HANG SILAP BESAQ SEBAB HANG MENTION NAMA AKU KAT PUBLIC DAN FITNAH PERIUK NASIK AKU!! AKU NAK HANG RESPON DAN MINTAK MAAF DALAM MASA TEDEKAT!!!! BAGI BUKTI YANG KUKUH SEKALI!! JANGAN TUNJUK SANGAT YANG AKAI HANG BUH KAT LUTUT!! SEBELUM AKU SAGAT MUKA HANG KAT JALAN DAN SAMAN HANG TOLONG RESPON‼️ AKU AKAN BESAQKAN BENDA NI KALAU HANG TAK MAI MINTAK MAAF DAN TARIK SEMUA BENDA!! FOLLOWERS TILLA, TOLONG AKU BUAT KERJA SAT CARI MANGKUK NI

Selepas beberapa minit siaran yang dibuat oleh Syatilla, pemilik akaun telah membuat permohonan maaf dan menarik semula tuduhan ke atas produk kekasih.

Terlajak perahu boleh undoq balik ,terlajak londeh kain, muka dapat malu.. sociaI media teramat bahaya. Dlm 1min, 1 dunia boleh tahu semua!s aya terima permohonan maaf dia yang telah menfitnah saya. Semoga takkan berulang lagi.. mohon Allah luaskan lagi rezeki @kekasih_hq #takotmukakenasagatlettew

Fuhhhh…memang garang betul Syatilla ni..

Siapa tak marah kalau produk yang dihasilkan dengan elok di fitnah pula. Zaman sekarang ni kena hati-hati bila nak type, salah type saman menanti.