“Sendiri potong tobek, sendiri gelak.”

Hari ini merupakan fasa kedua Perintah Kawalan Pergerakan berlangsung di negara kita Malaysia. Ketika PKPK semua kedai diarahkan tutup kecuali pasaraya, kedai runcit dan juga kedai makan. Saat ini mula la ramai tercari-cari di mana kedai nak gunting rambut.

Gunting rambut ni dah jadi perkara wajib sebulan sekali, terutamanya bagi kaum lelaki. Pemuzik terkenal, Dato’ Ramli MS atau lebih mesra dengan panggilan Tok Ram turut mengalami situasi yang serupa. Oleh sebab kedai gunting rambut tutup, beliau terpaksa memotong sendiri rambutnya.

Tetapi hasilnya memang kelakar habis! Sampai Tok Ram sendiri pun ketawa lihat hasil seni yang dibuat. Boleh la Tok Ram asal jadi. Tok Ram memuat naik video di Instagram miliknya. Dalam video tersebut, memang jelas rambut yang dipotong senget an tidak sekata. Haha

Bila kedai mamak gunting rambut pun tutup.buat sndri la..pastu salah potong..

aahhhhhh telungkupkan semua la..hahahahaa..

sebelah tingi sebelah rendah..kira art la

Perkongsian yang dibuat turut mendapat reaksi dari rakan artis dan juga peminat. Rata-rata terhibur malah ada juga yang memberi cadangan untuk meminta pertolongan Datin Alyah.

 

Hahahahaha,steadyyyy Tok ram..ada tetinggal sikit tu. semoga tok ram sihat2 hendaknye.

Ape ke hal tok.. saya ada org tukang gunting yg siap boleh datang rumah laa.. adoiayaii

Tak pa la Dato janji hensem

Tok ram alang-alang dah jadi macam tu..buat jadi punk terus la tok ram. Nampak muda dan ganas sikit.

Steady datoo ..handsome lagi tuu

Apa kata anda?
Kongsi Artikel Ini :