Selepas Seminggu Masuk Wad lni Keadaan Terkini Ustaz Azhar Idrus. Katanya Dah Boleh Akad Nikah

Siapa tidak kenal dengan Ustaz Azhar Idrus atau lebih dikenali dengan UAI. Gaya bersahaja dan jenaka beliau ketika berceramah telah mencvri hati orang ramai.

Beberapa hari lalu berita tentang beliau kmIangan telah meng3jutkan ramai. Mujur tiada keced3raan serius yang dialami dan beliau kini sudah boleh berbual dan bergurau seperti biasa.

“ Alhamdulillah berkat doa ramai yang menyayangi al-fadhil guru kita, Ustaz Azhar Idrus (UAI), keadaan beliau semakin baik. Dah boleh bersembang dan bergurau.

Kata beliau (UAI), tangan kanan sihat seperti biasa, boleh akad nikoh (nikah)!” kata Ustaz Syed Mohd Norhisyam Al-Idrus menerusi satu kenyataan yang dimuat naik menerusi Instagram, semalam.

Perkongsian yang dibuat penceramah bebas bersama gambar yang dirakam beramai-ramai bersama Ustaz Azhar di katil wad HospitaI Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu itu, mendapat 13,090 tanda suka selain 203 komen.

Menerusi perkongsian itu, Ustaz Syed Mohd Norhisyam juga ada memberitahu bahawa dia tidak dapat menziarah untuk tempoh lama kerana UAI perlu berehat.

“ Ikutkan hati, nak duduk lebih lama, tapi memikirkan ustaz perlu rehat, cukuplah sekadar dapat bertemu mata melepaskan rindu,” tulisnya.

Sementara itu kenalan rapat UAI yang ingin dikenali sebagai Man berkata, selain Ustaz Syed Mohd Norhisyam, su4mi penyanyi nombor satu negara iaitu Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau lebih dikenali sebagai Datuk K dan juga Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar turut menziarahi UAI lewat petang kelmarin.

Man berkata, keadaan UAI bertambah baik selepas menjalani pemb3dahan bagi memasang impIan untuk menyambung tuIang lengan pada bahagian atas sikunya yang pat4h pada 5 November lalu.

“ Jika tiada apa-apa masalah, berkemungkinan besar pada Rabu ini, UAI akan dibenarkan pulang ke rumah.

“ Teruskan berdoa kepada UAI supaya dipermudahkan semua urusan dan kembali sihat untuk berceramah seperti biasa,” katanya.

Menurutnya, perkembangan UAI akan diberitahu dari masa ke semasa melalui media sosiaI Facebook dan Instagram UAI.

“ UAI teringin sangat bertemu semua yang gemar menonton ceramahnya tetapi dengan keadaan UAI sekarang, beliau dinasihatkan doktor supaya banyak berehat sekali gus proses pemulihannya cepat,” katanya.

Harian Metro sebelum ini melaporkan UAI pat4h tangan kiri dan hidung selepas terj4tuh basikal ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya, 4 November lalu.

Sumber : hmetro