“Selalu suka tengok sis Sherry sopan, hari ni macam sedih pulak tengok pakai macam ni.”

Jadi seorang seIebriti atau artis bukanlah perkara yang mudah. Setiap tindak tanduk tutur kata dan juga pemakaian harus dijaga kerana menjadi perhatian netizen dan peminat, tambah lagi jika yang beragama islam.

Pelakon Sherri Ibrahim memuat naik satu foto ketika dia bersama pelakon Fikry Ibrahim yang baru selesai sesi boxing. Namun pakaian yang dipakai dilihat agak ketat dan Warna yang dikenakan menyerupai warna kulit. Menurut peminat yang meninggaIkan komen, ia agak tidak bersesuaian dengan imej wanita bertudung yang ditampilkan

Last minute, Saturday Hiit Box with the guys @bambangsoteto & Welcome to the club @fikryibrahim !

https://www.instagram.com/p/B83hcyhDH7U/

I give you my love … I give you my heart & ‘THIS’ I promise you … 

Perkongsian foto yang dimuat naik sendiri oleh Sherry Ibrahim ternyata mengundang rasa kurang senang kepada para peminat dan pengikutnya di IG. Mereka rata-rata meminta Sherry supaya lebih berhati-hati selepas ini untuk memakai apa-apa jenis pakaian agar tidak keterIaIuan.

Allahu selalu suka tengok sis sopan hari ni macam sedih pulak tengok pakai macam ni.

Tak nampk bentuk ke pakai seluar camtu sis.. kalau hitam tu kurang jugakla nampaknye kan..tapi warna camni rasanye macam… errr..

Tak saIah kalau nak pakai Iegging..tapi seeloknya labuhkan sikit baju tu..u dah brhijab kena ler berpkaian yang sopan sikit.

Baik buka tudung je sherry..maaf la klau komen ni agak kasar..tapi kalau nak bertudung..pakai la baju macam heliza helmi..yatt hamzah..contohi la cara diaorg berpakaian..

Yang lelaki pakai lagi elok dari perempuan. Tak payah pakai tudung la.

Mungkin apa yang kita lihat dalam foto dan di luar tidak sama. Cukuplah hanya memberi teguran yang baik dan jangan sampai menge4am pula. Kepada Sherry mungkin selepas ini boleh peka dalam pemilihan pakaian agar lebih manis dipandang sebagai wanita bertudung.

Sherry Ibrahim mula berhijrah memakai tudung ketika hari lahirnya yang ke-33 pada tahun 2016. Keputusannya ketika itu dibuat adalah untuk menggembirakan hati kedua ibu bapanya.

Apa kata anda?
Kongsi Artikel Ini :