“Saya dah mula rasa tak suka dapur” – Fasha Sandha

Seperti yang kita tahu pelakon terkenal Fasha Sandha hamil baru baru ini. Nampak Aidil begitu teruja menunggu cahaya pertama mereka hasil perkahwinan kedua Fasha dengannya. Sudah menjadi kebiasaan alahan bila mengandung terutamanya dia awal kandungan. Melalui update Fasha di ruangan instagram untuk menu nasi goreng yang di masak untuk keluarganya dia menyatakan dia dah mula tidak suka dapur.

” Cuaca tak berapa ok, ibu pun tak berapa sihat, balik dari kerja hanya sempat buat Nasi goreng paling malas Di abad ini pada famili. Terimalah je lah seadanya.. Saya dah mula berasa tak suka dapur… Help….. Insyaallah akan Cuba lawan perasaan ini… Demi keluarga”

” Saya sudah mula tidak suka dapur ” – Fasha

Mungkin di sebabkan alahan atau terlalu penat di awal kehamilan. Dia juga menyatakan dia akan lawan perasaan tersebut.

” Saya akan cuba lawan” – Fasha

Alahai bagus betul Fasha tetap mahu terus masak untuk suami tercinta dan anak anak walaupun dalam keadaan mengandung dan mungkin mengalami sedikit alahan di awal kandungannya.

Netizen juga ramai memuji sikap Fasha dan ada menyatakan bertuah Aidil dapat isteri seperti Fasha.

Sumber : Ig Fashasandha