“Saya amat terkejut kerana permohonan saya tidak diluluskan.”

Akibat penularan virus COVID19 yang melanda seluruh dunia, boleh dikatakan semua negara mengalami kejatuhan ekonomi. Ini kerana semua kedai atau pun perniagaan serta kilang-kilang diarahkan untuk tutup dan dihentikan operasi bagi mengekang penularan wabak yang merbahaya ini.

Negara kita juga tidak terkecuali, ramai rakyat yang bingung akibat hilang punca pencarian selama ini. Walau bagaimanapun arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan adalah sangat penting untuk dipatuhi agar virus ini tidak terus merebak dan meragut lebih banyak nyawa.

Kerajaan sedar dan faham situasi yang dialami oleh rakyat, oleh itu kerajaan telah menyediakan Pakej Ransangan iaitu Bantuan Prihatin Nasional kepada rakyat yang berkelayakan untuk mendapatkan bantuan yang telah ditetapkan. Sekurang-kurangnya ia dapat mengurangkan beban yang sedang rakyat hadapi.

View this post on Instagram

Korang rasa tak apa yg sy rasa skrg?? #hapuskancovite #susahnakbisnes

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

Usahawan terkenal Datuk Aliff Syukri juga turut mencuba nasib menyemak sama ada beliau layak atau pun tidak untuk menerima bantuan yang diberikan oleh kerajaan. Datuk Aliff bagaimanapun terkejut kerana beliau tidak layak kerana bagi beliau, sebagai usahawan, perniagaannya turut terjejas malah agak sukar untuk mendapatkan jualan walaupun RM100 sehari.

Datuk Aliff berharap agar rakyat Malaysia dapat patuh dan mendengar nasihat dan saranan yang telah ditetapkan oleh kerajaan agar negara kita akan segera pulih dan ekonomi dapat bangun semula.

Hari ini saya amat terkejut kerana permohonan saya tidak diluluskan ..sajaa nak semak .. sy faham dlm keadaan yang begitu getir ini, bukan sahaja orang-orang biasa tertekan tetapi saya sebagai Usahawan Industri IKS juga turut merasai… rasanya kalah zaman kegawatan ekonomi 1997 kan .. .

Dan ketika wabak ini berlaku jualan saya jatuh merudum nak dapat sale satu hati RM100 pn susah.. hanpir smua bisnes tutup.. Saya amat sedih dlm keadaan ini dan berharap Rakyat Malaysia dapat membantu Kerajaan untuk mempercepatkan proses penyakit Corola ini..

Apa pun terima kasih kepada penyokong-penyokong saya yang membeli produk saya walaupun tak byk tapi sedikit.. Saya berharap kerajaan boleh mengurangkan cukai utk org mcm sy iks yang lain untuk meringankan beban kami..

View this post on Instagram

Hari ini saya amat terkejut kerana permohonan saya tidak diluluskan ..sjaa nak semak .. sy faham dlm keadaan yang begitu getir ini, bukan sahaja orang-orang biasa tertekan tetapi saya sebagai Usahawan Industri IKS juga turut merasai… rasanya kalah zaman kegawatan ekonomi 1997 kan .. . . Dan ketika wabak ini berlaku jualan saya jatuh merudum nak dapat sale jatuh 90pratus.. 😰 hanpir smua bisnes tutup.. Saya amat sedih dlm keadaan ini dan berharap Rakyat Malaysia dapat membantu Kerajaan untuk mempercepatkan proses penyakit Corola ini.. . . Apa pn terima kasih kepada penyokong-penyokong saya yang membeli produk saya walaupun tak byk tapi sedikit.. Saya berharap kerajaan boleh mengurangkan cukai utk org mcm sy iks yang lain untuk meringankan beban kami.. Apa pn terima kasih kepada penyokong-penyokong saya yang membeli produk saya walaupun tak byk tapi sedikit.. Saya berharap kerajaan boleh mengurangkan cukai utk org mcm sy iks yang lain untuk meringankan beban kami..

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

Perkongsian yang dibuat bagaimanapun mendapat reaksi kurang senang dari segelintir pengikutnya.

Harta dah berjuta memang tak dpt dato. cuba dato duduk rumah setinggan pakai kete kancil mesti dpt

Kesian dato. ada mknn utk dinner mlm ni ke dato? sian dato

Laaa sblum ni dato acah² kaya lah mcam segelintir artis tu?

Kesian dato. Dah makan belum tu? bagi lah alamat nanti saya hantar kepci

Dato dah terlebih mampu dah dato oi. Bagi lah yang lebih memerlukan kat luar sana. Apa niat dalam hati dato sbenarnya nak tunjuk tak layak tu???

View this post on Instagram

Hadiah iklas… Ini adalah sebahagian niat saya untuk membahagikan rezeki yang ada.. Saya yakin dalam keadaan yang betul-betul kesempitan ini bukan sahaja Doktor, nurse sahaja yang penting tetapi Askar, Polis adalah orang hadapan yang paling penting di dalam keadaan yang teruk.. . . Hari ini, adalah misi saya untuk hari ketiga untuk membantu mereka yang membantu rakyat Malaysia.. Saya harap rakyat Malaysia memberi kerjasama kepada pihak Polis dan menghargai pihak Polis yang bertugas walaupun musim cuti virus Covid 19 ini… Walaupun dalam keadaan ini ekonomi yang amat lemah, kami tidak dapat keluar. Tetapi sekurang-kurangnya dengan pemberian ikhlas ini de @as.legacymalaysia dan @dherbsholdingshq dapat meringankan bebanan anda. Doakan saya untuk lebih banyak lagi saya boleh hulurkan sumbangan dan rezeki yang saya dapat ini adalah hasil kepada sokongan pembelian anda. Jika korang mahu tengok video yang lebih banyak lagi, korang boleh tengok di Youtube Tv Terlajak Laris dan bermula hari ini separuh daripada sumbangan akan saya sumbangkan kepada mereka yang kurang berkemampuan terutamanya dalam covid ini.. (lagu latar agama kedaiman ) .

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

Mungkin beliau hanya meluahkan rasa sedih tentang perniagaannya yang merudum ketika ini. Lagi pun dia turut membantu memberikan sumbangan kepada staff barisan hadapan dan orang yang memerlukan.

Apa kata anda?
Kongsi Artikel Ini :