
Semalam, telah diadakan satu majlis bacaan Yassin dan tahil sempena dengan hari Pahlawan di Masjid Negara.
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah berkenan untuk mencemar duli menghadiri majlis tersebut beserta Raja Permaisuri serta anakanda-anakandanya.
Jalan berpimpin tangan bersama
Apa yang lebih mencuri tumpuan ialah kehadiran Raja Permaisuri Agong beserta wanita pertama Malaysia, Tun Dr. Siti Hasmah yang berjalan berpimpinan tangan memasuki perkarangan masjid negara.
Video yang berdurasi beberapa saat telah diambil dan dimuat naik ke Twitter sehingga mendapat perhatian Tengku Jihan iaitu anakanda Yang Di Pertuan Agong.
Kongsi surah Yassin bersama
Lebih manis lagi, momen dimana Tunku Azizah dan juga Tun Dr. Siti Hasmah berkongsi surah Yassin juga berjaya di tangkap dan keakraban dua figura berkedudukan negara itu seperti ibu dan anak.
Gambar yang sangat mengagumkan
Sehubungan dengan itu, menerusi muat naik momen-momen menarik tersebut, rata-rata pengguna media sosial begitu kagum dengan kemesraan yang mereka tonjolkan. Mereka juga mengakui bahawa kasih-sayang yang ditunjuk begitu mengharukan hati rakyat.
Sejuk tengok suasana macam ni
Sweetnya kedua-dua permata hati negara ni
Sebak & seronok tengok
Sumber : Farrahiyah A, Istana Negara