Sah! Zamani Akhiri Zaman Bujangnya Diusia 48 Tahun. Pilih Kawan Baik Sebagai lsteri

PENYANYI Zamani Ibrahim menge jutkan dunia hiburan apabila dia mengumumkan selamat bergelar su ami kepada pasangannya, Nur Juliana Abdul Rani, 36 tahun dengan sekali lafaz pada Jumaat.

Zamani, 48, melangsungkan pernikahan dengan wanita pilihannya itu di Ampang, Kuala Lumpur dalam majlis ringkas yang dihadiri ahli keluarga serta kenalan terdekat.

Bagaimanapun, Zamani meminta maaf kerana tidak menjemput pihak media dan menghebahkannya lebih awal.

“Saya minta maaf kerana majlis ini dibuat secara tertutup dan hanya membabitkan keluarga kedua-dua belah pihak.

Hanya sekali lafaz Zamani sah bergelar su ami kepada Juliana pada Jumaat.

Pada majlis tersebut pengantin perempuan menerima sebentuk cincin dan mas kahwin RM300 berserta tujuh dulang hantaran dibalas sembilan kepada pihak lelaki.

Pasangan yang sudah mengenali satu sama lain dan berkawan hampir 14 tahun itu juga bakal menunaikan ibadah umrah tidak lama lagi.

Juliana adalah pembantu peribadi Zamani di syarikat ZIME Production milik Zamani dan keluarganya.

Pada 16 Jun lalu, Zamani membuat kejutan pada majlis Ceria Aidilfitri Bersama Zamani yang berlangsung di sebuah lokasi di ibu negara apabila mengumumkan mahu bertunang dengan Juliana.

Mereka juga pernah tampil menyanyi berduet pada majlis bersama peminat di sebuah hotel di Kota Bharu, Kelantan selepas itu.

Dalam pada itu, pihak pengurusannya Zime Production memberitahu majlis resepsi pasangan tersebut bakal diadakan pada suatu tarikh yang akan diberitahu kelak.

Ini pula respon peminat :

Kami mendoakan semoga perkahwinan Zamani dan pasangan kekal bahagia sehingga ke anak cucu. Tahniah sekali lagi!

Kredit : IG ZIMEProduction