“Permaisuri Agong kami sempoi ja makan gerai tepi jalan” – Netizen Kecam Che Ta Berlagak Eksklusif, Tak ‘Bersepah’ Di Merata Tempat

Seperti yang semua tahu, Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta ni adalah seorang pelakon dan usahawan yang sangat menjaga penampilan serta eksklusiviti diri.

Tengok sajalah Instagram pelakon ni, gambar dia semua Hi-Res tau dan tak ada yang main ambil je siap ada photographer peribadi lagi. Malah Che Ta juga dalam satu sesi temubual di Media Hiburan ada cakap yang dia hanya akan muncul di majlis yang berbayar saja. 

“Wajah saya tidak bersepah di merata tempat” – Che Ta

Tambah Che Ta lagi, sebab itulah orang ramai memang susah nak jumpa dia di khalayak umum walaupun pergi pusat beli belah. Malah, kebanyakan masanya dihabiskan di rumah, pejabat dan kalau ada masa lapang, Che Ta terus bercuti ke luar negara.

“Orang mungkin hanya boleh lihat saya di Instagram, televisyen dan majlis yang berbayar sahaja. Mereka sukar melihat kelibat saya secara nyata.

“Saya tidak suka menghabiskan masa dengan melepak atau berjalan di pusat membeli belah walau di Pavilion. Maksudnya wajah saya tidak bersepah di merata tempat.

“Saya lebih suka menghabiskan masa di rumah atau pejabat. Jika ada kelapangan, kami akan ke luar negara,” katanya.

Berikut video penuh komennya mengenai isu ini:

Wah bukan calang-calang Che Ta ni! 

“Permaisuri agong kami, wanita nombor 1 dalam negara, tapi dia sempoi ja makan kat gerai tepi jalan” 

Komen yang diberikan Che Ta telah menimbulkan rasa jengkel netizen akan eksklusivitinya yang dianggap keterlaluan mengalahkan orang terkenal lain.

Malah ada juga yang membandingkan Che Ta dengan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang kelihatan lebih merendah diri serta sentiasa turut serta dalam apa-apa acara dengan rakyat. Tak ada pun tunjuk ‘act’ ala famous sangat kan? 

Apa-apapun kita husnuzon saja lah kerana ada juga di kalangan netizen berpendapat dengan cara ini sajalah sesetengah artis mendapat pendapatan mereka. Muncul di majlis berbayar dan lain-lain. So stay positive ye!