“Pemuda ‘Serbuk Arang’ Buat Hal Lagi..” Kali Ini Neelofa Pula Jadi Mangsa

Sebut saja tentang parodi atau meniru gaya artis, rakyat Malaysia memang handal. Ada saja gaya serta tingkah laku yang hendak ditiru.

Terbaru, individu dikenali sebagai Hadrey Ali ini berjaya mencuri tumpuan ramai apabila tampil meniru gaya selebriti popular Neelofa.

Apa yang lebih menariknya, kesemua gaya itu ditiru ketika Neelofa menghadiri New York Fashion Week serta Milan Fashion Week, baru-baru ini.

Daripada gaya Neelofa menyarung persalinan Tory Burch sehinggalah jenama pakaian Prada. Habis semuanya ditiru.

Anda boleh lihat gelagat pemuda ini di bawah.

Menerusi ruang komen, rata-rata netizen terhibur dengan jenaka pemuda tersebut. Kebanyakan mereka menyifatkan gaya parodi dipaparkan amat kreatif.

Untuk rekod, pemuda ini pernah viral menerusi dengan parodi ‘serbuk arang gigi d’herbs’.

Reaksi nettizen :

Sumber : Gempak