Pemain Tengah Tottenham Sasaran Terbaharu United

LONDON: Manchester United bekerja keras mendapatkan tanda tangan pemain tengah Tottenham, Christian Eriksen sebelum tarikh tutup jendela perpindahan Khamis ini.

Wakil Eriksen juga berharap perbincangan mengenai masa depan pemain Denmark berusia 27 tahun dapat dimuktamadkan sebelum tarikh tutup itu.

United kini berusaha membawa pemain itu ke Old Trafford tetapi kelab itu mempunyai tempoh sehingga 2 September untuk mengadakan perbincangan penjualan pemain kepada pasukan lain termasuk Paul Pogba.

Ini berikutan tempoh tarikh tutup perpindahan di liga Jerman, Itali, Sepanyol dan Perancis ditutup tiga minggu lewat berbanding England.

Dalam pada itu, Tottenham juga berharap dapat memuktamadkan perjanjian mendapatkan pemain tengah Sporting Lisbon, Bruno Fernandes – seorang lagi pemain sasaran United, sebelum Khamis ini.

Spurs juga dilaporkan berminat mendapatkan pemain Real Betis, Giovani Lo Celso.

Eriksen dikatakan lebih berminat menyertai Real Madrid tapi gergasi Sepanyol itu lebih cenderung mendapatkan Pogba dan pemain Ajax, Donny van de Beek.

Andainya Eriksen kekal di Tottenham, dua kelab lagi iaitu Juventus dan Atletico Madrid dilaporkan sanggup membida untuk mendapatkannya pada tawaran £50 juta (RM270 juta).

Kontrak Eriksen akan tamat pada 2020, yang bermakna Tottenham menanggung ris1ko tidak mendapat sebarang yuran perpindahan jika gagal menjualnya musim ini.

Beberapa kelab Liga Perdana Inggeris sebelum ini memb1das langkah Pengerusi Spurs, Daniel Levy yang cuba menyekat perpindahan itu dengan meletak harga £130 juta (RM702 juta) ke atas Eriksen di awal musim jendela perpindahan.

United pernah membida pemain itu dengan tawaran separuh daripada nilai asal itu.

Sumber: Agensi via BH