“Part last tu terkejut habis, Diva AA rap ke tu?”

Sebelum ini tular apabila pengacara sensasi Azwan Ali dikatakan memperlekehkan juara AJL yang ke-34 iaitu Nain Daniel. Walau bagaimanapun, Naim menjawab komen tersebut dengan penuh berhemah dan tidak sesekali beliau membalas atau melenting tentang statement yang dikeluarkan oleh Azwan Ali.

Ramai yang memuji tindakan Naim yang dilihat sangat matang dalam menangani masalah begitu juga dengan Azwan Ali yang turut merasakan Naim seorang ‘budak’ yang baik.

Hari ini Naim memuat naik lagu terbaru yang dihasilkan bersama dengan Ismail Izzani. Apa yang menarik lagu yang dibuat adalah sempena dengan wabak COVID19 yang sedang melanda dan juga turut dijayakan bersama Azwan Ali.

Ismail Izzani memang something else, boleh dia mesej aku pagi pagi buta suruh habiskan lagu ni. Aku pun dengan semangatnya buat dan tambah apa apa yang aku nak tambah.

Aku suka lagu ni sebab sangat-sangat sejenis easy listening, mesej clear dan fresh of course. Anyway lagu ni Ismail dah post kat youtube channel dia, aku saja nak post dekat sini hehe sebab harini aku tak ada lagu beb sebab otak aku tengah petak. Tak apa kita rehat dululah. Manalah tahu malam ni Allah ketuk kepala otak aku untuk datang dengan benda baru siapa tahu kan?

Selamat mendengar

Perkongsian video yang dimuat naik mendapat pujian dari para pendengar. Mereka memuji idea kreatif yang disumbangkan oleh Naim dan juga Mail. Diva AA pun ada komen taw. Cayalah, ini barulah artis BBNU yang berkualiti.

Ade suara uncle kat part last 

I punya la tertanya siapa AA ni nahhh sekali hahahaa

Aku rasa lagu ni menang ajl 35. BTW terbaik ah lagu ni setiap Hari aku dengar.

Part main lampu tu betul ohh hahahahaha.

Bestlar lagu ni.. nampak sgt tahap kbosanan uols.. btw part last tu adeyhhhhh.

Apa kata anda?
Kongsi Artikel Ini :