“Orang kaya boleh ke sana ke sini eh walaupun PKP.”

Hari ini merupakan hari yang ke-22 Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan oleh Kerajaan Malaysia. Langkah ini bertujuan untuk memutuskan rantaian wabak virus COVID-19 yang telah merebak ke seluruh dunia. Hingga ke hari ini angka kes telah meningkat kepada 4119 dengan jumlah kematian meningkat kepada 64 orang.

Ini merupakan perkara yang serius dan harus dipatuhi oleh semua rakyat Malaysia. Kerajaan juga telah mengeluarkan arahan mengehadkan perjalanan dalam lingkungan 10 kilometer. Walau bagaimanapun, polis diberi kebenaran menggunakan kuasa budi bicara terhadap larangan tersebut.

Segelintir netizen dilihat kurang senang melihat usahawan terkenal Datuk Aliff Syukri yang dilihat membawa anak-anaknya ke Rumah Hutan milik ibunya, Bonda Rozita. Netizen mempertikaikan bagaimana mereka sekeluarga dapat diberikan kebenaran untuk keluar melebihi radius sedangkan pihak kerajaan telah mengeluarkan arahan sebelum ini.

Hari ini saya amat gambira sebab saya boleh makan sekeluarga dengan anak-anak saya masakan kampung dan suasana kampung.

Mungkin Datuk ada alasan yang tersendiri yang membolehkan anak-anaknya bergerak dan berjumpa dengannya.

Semoga terus dapat berseronok dengan anak2 dan bonda yaaaa. Maklumlah dapat lepas walaupun PKP. Orang lain ramai yg tak dapat jumpa keluarga. Masih terpikir macam mana boleh lepas..

Tu lah kan..lepas pulak anak-anak dato’ pegi sane cni..atau ni gambar sebelum PKP..erm…

Tak tanya datin tapi ni kan PKP.. Ke hulu hilir.. Astagfirullah.. Degil nye lah jadi rakyat.

Masih lg ke hulur ke hilir ke anak2 tu dato? Kejap kat umah ngan mak die kejap ngan dato ,bukan PKP ke sekarang?

Dato macam mana ramai2 ni boleh lepas ke Batangkali? Kami di Serendah tersekat tak boleh nak kemana walau bdua dgn suami nak g Speedmart pon kene soal keluar bdua. Apa alasan Dato guna? Perjalanan lebih 10km dan lebih dr seorang dlm kereta?

Dalam pada itu ada juga yang tertanya-tanya di mana kelibat isteri, Datin Shahida kerana tidak kelihatan dalam gambar yang dimuat naik.

Apa kata anda?
Kongsi Artikel Ini :