“Nervousnya belajar masak macam ni, pressure!”

Nabila Huda dilahirkan pada 2 Disember 1984 merupakan seorang pelakon yang memulakan langkah dalam bidang industri hiburan pada tahun 2001. Anak perempuan penyanyi Amy Search ini walaupun mempunyai bapa yang berpengaruh namun beliau berjaya naik kerana bakatnya yang tersendiri.

Lihat sahaja drama atau pun filem lakonan Abil pasti akan mendapat tempat di hati peminat hingga boleh memberikan kesan penonton. Di sebalik watak serius yang Abil dapat, beliau sebenarnya seorang yang sangat kelakar dan ‘gila-gila’. Tambah lagi masa PKP ni lagi terserlah perangainya bersama anak dan suami.

Abil sering memuat naik aktiviti bersama keluarganya, jadi buat masa sekarang ni rajinlah nampak Abil ke dapur. Melalui video terbaru yang dimuat naik, Abil nak ajar kita semua buat roti canai. Tapi ada ke yang berani nak belajar memasak dengan Abil, kalau cikgu pun nampak garang siap pegang rotan. hehe

Dengar ye step mader ajar tu..

Perkongsian video tersebut mendapat pelbagai komen dari rakan-rakan artis dan para peminatnya. Garang betul mak tiri ajar masak ye.

Kau masak pun buat hal! Ini mesti gara2 tunggu sejam jadi gini

Taknak la buat kalau step mader garang macam ni takut tak jadi hehe

Hahahahhaa! Selamat dah explain.. i baru nak persoalkan kenapa air u kaler tuuu.. larkkk.. HAHAHAHHAHAHAH

mcm penah tongok baju n corak baju… nie baju yang virel hari tu kan hahahaha…

Saya tadi dah takut tengok video nie saya tak jadi nak buat… tapi lepas makcik tiri buat suara hempuk macam kak ning baizura saya teruja dan tergelak guling2.. ok la saya masuk dapur jap nk buat roti canai.. ooo btw butter nak guna jenama apa!!

Rasa mcm mak mertua marah sebab tak reti masak HELP HAGAHHAHAHAHA

Nampak mudah pulak kan resepi roti canai Abil ni. Boleh la kita cuba!

Apa kata anda?
Kongsi Artikel Ini :