Moga Pak Ya ada dalam SepahTu Reunion Malam ni

Setelah tuIar tentang isu kena gam dengan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akibat dari persembahan mereka di Maharaja Lawak Mega baru-baru ini, pelawak Ajak Shira, Pak Ya dan Ropie mengambil keputusan untuk membuat permohonan maaf secara terbuka.

Akibat daripada situasi tersebut, Pak Ya tidak dilihat bersama dengan Jeb, Rahim dan Shuib untuk program SepahTu Reunion. Pak Ya juga berharap agar isu ini tidak dipanjangkan kerana ini adalah punca rezeki buatnya. Dia sanggup berulang alik dari Chemor, Perak ke Shah Alam demi kelangsungan hidup.

Mereka bertiga meluahkan rasa kesaI kerana telah menyebabkan beberapa pihak tersinggung dengan persembahan mereka pada malam itu. Mereka telah mengambil pengajaran dan iktibar tentang apa yang terjadi dan akan lebih berhati-hati untuk persembahan yang akan datang.

Setelah mendapat kata sepakat, kami dari kumpulan Rare @rare_officialfc @ajakshiro @illya_senario @ropie_sryn_ dengan rendah diri membuat permohonan maaf kepada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan penonton tentang isu yang pernah berlaku di pentas final Maharaja Lawak Mega 2019.

Berita lanjut di hLive, Isnin 10hb Feb, 8.30pm, Astro Ria & Ria HD bersama hos lokasi @ellyarifin .

Perkongsian yang dibuat oleh Ajak mendapat komen baIas dari para peminta di IG. Rata-rata mereka mengharapkan kemeIut dalaman ini dapat berakhir secepat mungkin. Ia bukan sahaja melibatkan individu malah ia melibatkan periuk nasi dan punca rezeki seseorang.

Kesian rare….ape2 pon rare mmg terbaik ..

Terbaik RARE. Harap jgn campur aduk lg hiburan & politik. Sesungguhnya politik itu mmg kej4m & kot0r. Fokus pada kerjaya hiburan sahaja. Insya Allah rezeki ada dimana2

Betul lah kate org lama. Kerana mulut badan bin4sa. Bnde boleh ejas gov kot.

Sebelum nie melawak tak kait politik boleh je hidup abam… Ikot rasa bin4sa

Moga Pak ya Ada dalam show sepahtu mlm ni

Sabar lah kumpulan #Rare, ape pun tindakan anda sgt baik. Rezeki ade di mana mana

Jadi harap dengan permohonan maaf ini segalanya akan kembali jernih dan para peminat dapat melihat Pak Ya beraksi di pentas SepahTu Reunion. Semoga lebih berhati-hati selepas ini untuk berkarya.

Apa kata anda?
Kongsi Artikel Ini :