“Man bagi bantuan pun salah ke Ali oii.”

Beberapa hari yang lalu tular apabila Man Raja Lawak meluahkan hasrat untuk memberikan separuh daripada jumlah wang kemenangan pada program Maharaja Lawak Mega kepada insan yang memerlukan. Jumlah yang dianggarkan RM50000 telah habis dikongsikan dalam masa empat hari.

“Tak ramai dapat sebab saya tidak tetapkan jumlah bagi setiap penerima. Saya berikan atas permintaan dan melihat kepada keperluan mereka.

“Jumlah paling banyak diberikan RM5,000 iaitu kepada sahabat saya yang memang susah. Dia s4kit selepas terj4tuh dan k0ma. Dalam masa sama, isterinya pula tidak bekerja. Jadi, memang sangat memerlukan ketika ini.

https://www.instagram.com/p/B-Y8WWelNpq/

Man bagaimanapun menyuarakan hasratnya untuk menjual kereta dan juga motor untuk mendapat wang agar dapat dmembantu insan-insan yang lain. Menurut Man, sejak dari semalam dia menerima 5 ribu direct message (dm) daripada individu yang memerlukan bantuannya. Tambahnya, kesemua mereka perlu diberikan bantuan walaupun jumlah wang yang diminta sedikit. Berkongsi mengenai perbualan mesej yang diterima, Man memberitahu bahawa rata-ratanya malu untuk meminta bantuan tetapi mereka terpaksa.

Hal tersebut membuatkan Man terasa sebak dan bertindak untuk menjual motor dan keretanya. Dia menyeru mana-mana pihak yang masih mempunyai wang untuk membeli kenderaanya itu dan wang tersebut mampu menambahkan jumlah sumbangan buat mereka yang memerlukan.

Ramai yang memuji apa yang dilakukan oleh Man Raja Lawak, bagaimanapun beliau menjelaskan bahawa hanya Allah sahaja yang layak diberi pujian. Melalui status tersebut, Ali Puteh turut memberi komen kepada Man Raja Lawak. Sebagai rakan dia menasihati Man agar menyimpan atau menyembunyikan segala kebaikan atau sedekah yang dilakukan agar tidak menjadi bualan orang.

 

Bagaimanapun teguran yang dibuat mendapat reaksi kurang senang dikalangan netizen. Bagi netizen perkara yang dilakukan oleh Man perlu dihebahkan untuk menjadi motivasi dan ikutan orang diluar sana. Komen tersebut telah dipadam dan akaun Ali Puteh telah dinyahaktifkan setelah mendapat pelbagai kecaman.

Ali mana ali …Persatuan Gerakkan Netizen Malaysia (PGNM) dah beratur cari kau kat sini niii..muncul laa woiiiiii

mana yang mantol sangat tu?? hilang dah comment dia?? aduhh nak jadi hero tapi delete comment?? baik simpan lah sembang terbang kau tu

Puteh menang asbabNya ada MAN…MAN buat kebaikan,puteh jugak dpt nama…tp dh jadi mcm ni,sokong man je laa…hmmm

“Artis berilmu” sgt tu mna eh..xkn delete komen kot..bkn main berlagak masa komen

Bagi kami tidak salah untuk hebahkan sedekah atau sumbangan dalam waktu yang agak kritikal sekarang. Kerana terlalu ramai yang memerlukan bantuan dan sekiranya apa yang dilakukan oleh Man ini dapat menjadi inspirasi kepada orang kaya diluar sana, maka lebih ramai lagi individu yang dapat dibantu.

Apa kata anda?
Kongsi Artikel Ini :