“Macam baby bump je. Susah juga jadi artis ni..kena makan banyak perot buncit, habes orang ingat mengandong.”

Pasangan pelakon dan pelawak Jep Sepahtu dan Sari Yanti sering mendapat tumpuan dari pare peminat. Ramai yang suka melihat aksi mereka sekeluarga dengan perangai Jep yang kelakar dan tak kurang juga dengan Sari Yanti.

Semalam Sari memuat naik sekeping keping foto bersama suami dan anaknya dengan ucapan romantis buat si suami memandangkan esok merupakan hari ulang tahun perkahwinan mereka yang ketiga. Cuma pengikut dan peminat lebih tertumpu kepada perut Sari yang nampak sedikit besar. Par peminat mula membuat andaian adakah Sari sedang mengandung.

Kesian agaknya melihat para peminat berteka-teki, hari ini Sari memuat naik sekeping foto dengan status bahawa mereka kini sedang menunggu kehadiran orang baru dalam keluarga mereka. Wah! Tahniah kami ucapkan buat Sari dan Jep. Bertambah meriahlah keluarga mereka nanti.

Menurut Sari lagi ini merupakan kandungan keenam dan bayi dalam kandungan pula sudah mencecah 6 bulan. Kiranya hanya kurang dari 3 bulan sahaja mereka akan menimang cahaya mata.

Cinta Hati – Barr tangk4pkan gambar.

View this post on Instagram

Cinta Hati ❤️ – Barr tangkapkan gambar 🥰

A post shared by Sari Yanti (@sariyanti) on

Esok anniversary kami yang ke 3 . Ya Allah rahmatilah perkahwinan @jepsepahtu dan @sariyanti di dunia hingga akhir4t. amin

Alhamdulillah dalam perjalanan kami di usia perkahwinan yang ke 3 tahun kami sedang tunggu kehadiran ahli baru .. insyaallah. Kami bersyukur dan ucapkan terima kasih banyak banyak atas doa yang baik dari anda semua. Semoga Allah baIas yang lebih baik buat anda sekeluarga

Kakak tak penah kisah @jepsepahtu rambut panjang ke pendek. Mana mana pun sayangnya sama. Hatinya sama. Tak ada beza. I love you Husband @jepsepahtu . Happy 3rd Anniversary

Nota kaki : my 6th pregnancy.

#6monthpregnant

Mendirikan rumah tangga dengan Mohd Eddy Casmady Che Hussein pada 16 Januari 2009, sebelum memilih untuk bercerai pada 11 Disember 2014. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua zuriat lelaki bernama Barr Al Aliy dan Baasit Al-Haq.

Kemudiannya Sari berkahwin buat kali kedua dengan pelawak Jep Sepahtu pada 25 Februari 2017 dan sehingga kini mempunyai seorang cahaya mata perempuan bernama Dariya Inara kelahiran 25 April 2018.

Kami doakan kesihatan Sari Yanti dan bayi dalam kandungan akan sentiasa sihat dan urusan dipermudahkan sampai hari bersalin nanti. Perkongsian tentang berita kehamilan itu disambut gembira oleh rakan artis dan juga para peminat.

so cute laa . yeayyyy dariya ada adik baru. tahniah kakak sari dan abang jep

Alhamdulillah..tahniah @sariyanti Dan @jepsepahtu ..semoga bahagia sampai ke syurga..doakan saya dan suami juga punya cahaya mata.tahun ke 9 masih menanti..Allah sebaik² perancang.

Alhamdulillah…..Semoga kebahagiaan dan kerahmatan Allah ke atas perkahwinan kamu….till jannah…. aamiinn

Tahniahh kakak @sariyanti.. Semoga di permudahkan urusan

Apa kata anda?
Kongsi Artikel Ini :