“Lemaknya suara gelak..Babab kang.”

10 Februari yang lalu negara kita telah dikejutkan dengan pemergian pelawak Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan, 32, atau lebih dikenali sebagai Abam. Kem4tian dipercayai akibat demam panas.

Arw4h meninggaIkan seorang balu, Siti Nurhidayah Mohd Ali serta seorang anak lelaki Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey yang kini berusia bulan. Selepas kejadian tersebut ramai yang bersimpati dan menanti tentang perkembangan terkini tentang Hamzah.

https://www.instagram.com/p/B7-RnF-De1H/

Nurhidayah telah membuat keputusan menggunakan akaun Instagram arwah untuk memuat naik perkongsian tentang anaknya Hamzah memandangkan ramai yang ingin melihat gelagat anak arw4h. Mungkin kerana amalan baik yang pernah dilakukan oleh arw4h semasa hayatnya menyebabkan ramai yang sayang dan mengambil berat tentang anaknya, Hamzah.

Hidayah memuat naik video terbaru anaknya di laman Instagram. Dalam video tersebut Hamzah kelihatan ceria dan gembira dapat bermain air bersama ayah saudaranya.

Anak ibu kalau dapat main air Sukanya dia..

nanti Kita suruh ayahjang @sirazmier beli kolam yang lagi besar untuk Hamzah ye..

https://www.instagram.com/p/B-mG_61DZqU/

Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi dari para pengikut di Instagram. Ada yang gembira melihat kecerian yang terpancar pada wajah Hamzah tak kurang ada juga yang bersimpati dengan apa yang berlaku pada si kecil ini.

Ya Allah. tak boleh tengok Hamzah ni. Rasa pilu je, kecik2 dah tak ade ayah.. Berat sangat dugaan mu nak.. Semoga hamzah Mmbesar jadi anak yang sihat & soleh.. Aaminn..

Kalau bukak ig mesti nk tgk aktiviti hamzah tau..

Alhamdulilah syukur smoga hamzah sentiasa happy n sihat.

Comelnya hamzah..nnti besar jadi ank yg soleh nah

Amboi. Mengekek gelak ye Hamzah.

Apa-apa pun kami doakan agar Hamzah terus membesar sebagai seorang yang sihat dan dapat memberikan kegembiraan buat ibunya dan membanggakan arw4h ayahnya.

Apa kata anda?
Kongsi Artikel Ini :