Lagu TokTi pun dia tapau. Apa je yang Aliff ni tak boleh..

Muhammad Alif bin Mohd Satar dilahirkan pada 19 September 1990 merupakan seorang penyanyi, pelakon dan pengacara. Boleh dikatakan beliau seorang yang serba boleh kerana berjaya dalam setiap bidang yang diceburi. Mula menceburi bidang lakonan pada umur 14 tahun

Malah Alif juga merupakan salah seorang selebriti yang mempunyai rekod bersih dan sering dijadikan idola oleh para pengikutnya. Tiada kontr0versi yang mencalarkan imejnya, Aliff sering mengajak orang ramai untuk bersikap positif dan menunjukkan contoh-contoh yang baik.

Beliau berkahwin dengan pasangan pilihan yang juga pengurusnya Sha Dila Halid yang usianya 6 tahun lebih tua daripada Alif. Hasil dari perkahwinan ini mereka dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata. Rezeki dan populariti Alif semakin menyinar setelah dia berkahwin dan ramai yang suka mengikuti perkembangan mereka sekeluarga di laman Instagram.

Alif memuat naik aktiviti sepanjang empoh Perintah Kawalan Pergerakan dilakukan. Antara aktiiviti yang dibuat seperti membaca AL-Quran dan juga berkaraoke. Melalui perkongsian video terbaru yang dimuat naik, Alif telah menyanyikan lagu dari penyanyi nombor satu negara, TokTi! Penyanyi asal pun ada tinggalkan komen taw.

#KuarantinKaraoke

Nak terputus urat leher tengkuk aku.. tapi u request i tunaikan jugak @shadilahalid PERCAYALAH BY #1

Dulu kecik kecik telan mic eh aliff nyanyi ape pon sedap…

Untunglah bini…Bila nak tido boleh suruh nyanyi lullaby…

Yeayyyyyyy!!!! Nak putus urat leher pon still sedappp suara nasib baik tak terkehel leher tu hahaha

Nampak sangat tu macam nak tercabut segala urat tu hehehe @alifsatar

Tak yah komen la..memang orangnye nyanyi sedap nak komen ape lagi hehe

Apa kata anda?
Kongsi Artikel Ini :