Kisah Burung Gagak Yang Membawa Sesuatu Untuk Diberikan Kepada Orang Tersayang

Kita pasti sering mendengar kisah lucu tentang haiwan yang membawa sesuatu untuk diberikan kepada tuannya. ‘Hadiah’ ikhlas yang ingin disampaikan oleh haiwan berkenaan seperti makanan, dedaun kering, tikus [email protected] dan sebagainya dianggap sebagai satu tanda penghargaan kepada manusia berkenaan. Jadi, sekiranya anda sering menerima ‘hadiah’ seperti ini, bermakna anda amat disayangi oleh haiwan tersebut!

Seperti kisah mengenai beberapa ekor burung gagak yang seringkali mengunjungi Melinda Green di rumahnya yang terletak di San Francisco. Melihat situasi yang tidak dijangka itu, Melinda memutuskan untuk menyambut baik kehadiran burung-burung itu dan langsung tidak menghalau mereka.

Bukan sahaja itu, Melinda turut memberikan makanan kepada sekumpulan burung gagak ini dan seronok melihat mereka berehat di halaman rumahnya. Sehinggalah pada suatu hari, seekor burung gagak tiba di rumah Melinda dengan membawa sesuatu di dalam paruhnya. Lebih mengejutkan lagi, burung gagak itu turut meletakkan ‘sesuatu’ itu di tempat yang boleh dicapai oleh Melinda.

“Ia adalah bebola kertas kerajang aluminium daripada botol champgne. Mungkin bagi manusia ia adalah sampah tetapi di mata burung gagak ini, ia adalah satu hadiah yang bernilai untuk diberikan kepada Melinda”.

Melinda mengakui bahawa dia berasa agak skeptikal dan tidak menganggap burung gagak itu berniat untuk memberikan ‘hadiah’ kepadanya. Namun lama-kelamaan, hadiah-hadiah ini terus diberikan kepadanya…

Adakalanya Melinda akan menerima hadiah berbentuk batu yang berwarna, tulang, kekacang dan juga cengkerang serta gula-gula gummy bear.

“Memandangkan ini semua adalah hadiah, ia sangat bernilai pada saya”, kata Melinda yang beranggapan burung gagak ini ingin membalas jasanya pada satu ketika dahulu.

Dalam satu lagi kisah lain melibatkan seekor anjing yang akan membawa daun untuk ‘membeli’ makanan enak untuknya. Anjing hitam bernama Negro ini dilaporkan akan pergi ke koperasi sekolah tempatnya menginap dan menyaksikan semua pelajar menghulurkan wang untuk membeli barangan.

Selepas itu, anjing ini meniru tingkah laku pelajar dengan membawa dedaun dan memberikannya kepada penjaga koperasi untuk ‘membeli’ makanannya. Hampir setiap hari Negro akan memungut daun dan membeli biskut kegemarannya di koperasi itu.

Negro memang anjing yang sangat pintar. Walaupun dedaun yang dibawanya itu bukan wang sebenar namun Negro patut dipuji kerana tidak mengemis untuk mendapatkan makanan dan tahu untuk mencari ‘wang’.

Sumber: EraBaru via nepalivibes