Kerana terlalu kurus Akim Ahmad dituduh ambil bahan terIarang!

Penampilan penyanyi Akim Ahmad baru-baru ini dilihat agak kurus dan cengkung. Ini membuatkan ada suara-suara sumbang yang membuat tohmahan Akim mengambil bahan terIarang.

Memetik penjelasannya, beliau amat kesai dengan tuduhan sebegitu. Keadaan tubuhnya makin susut disebabkan oleh tekanan kerja dan sibuk membesarkan anak-anak yang masih kecil.

Betul jugak tu, orang yang ada anak mesti faham penat menjaga anak-anak yang masih kecil. Akim pun sebelum ini agak kurang muncul dikaca tv.

“Kita ada keluarga, jadi perlu jaga aib keluarga dan anak-anak. Tuduhan itu membuatkan saya rasa sakit hati juga. Saya kurus sebab menjaga anak, tidur lewat malam sebab nak cari ilham lagu baru dan perancangan karier,” katanya

“Selepas itu saya perlu bangun awal pagi untuk menguruskan anak-anak. Secara tak langsung fizikal pun merosot. Kadang-kadang, makan pun terlepas sebab asyik nak suap anak,” jelasnya lagi.

Itu belum lagi terpaksa bangun awal pagi dan kadang-kadang sampai lupa nak makan. Namun Akim tidak salahkan netizen sepenuhnya kerana tanggapan ini berlaku kerana terlalu banyak golongan artis yang terbabit dengan penyalahgunaan da dah.

Harap dengan penjelasan ini cukup untuk membersihkan namanya. Apa la main tuduh-tuduh tanpa bukti ni. Akim dan Stacy Anam telah bernikah pada Februari 2016 dan dikurniakan seorang anak perempuan Eshaal yang kini berusia 2 tahun. Mereka juga mempunyai seorang anak angkat bernama Bella yang kini berusia 7 tahun.