“Kenapa tak ajak suami sekali? Pergi umrah banyak kali tapi tak bawa suami.”

Umum mengetahui bahawa pasangan usahawan Dato’ Aligg Syukri dan Datin Shahida mempunyai seorang anak angkat Ameena. Sejak dari awal lagi Meena menjadi tumpuan dan Datin SHahida sering menjadi m4ngsa kec4man oleh netizen seolah-olah tidak berlaku adil kepada anak angkatnya.

Walaupun sudah berulang kali Datin Shahida terangkan tentang keadaan Meena yang tidak boleh dibawa keluar negara masih ramai lagi yang bertanya dan mengec4m Datin. Esok Datin akan berangkat ke umrah bersama-sama anak-anaknya, Ammar, Qadeeja, Baem, Yusoff dan Raudhah.

ala budak @ammarahyan_terlajaklaris @qadejah_terlajaklaris 2 orang ni kecik je dulu…x ingat la tahun berapa kami ke mekah ni…x sabar dah..lagi beberapa hari nak ke sana lagi dengan anak2 semua…….

Masa ni bertiga tapi baem kecik lagi…..kali ni saya bawa 5 orang anak sekali……bayangkan mcm mana nak handle…mudahan Allah permudahkan semua urusan saya di sana nanti

Datin memuat naik foto persiapan yang dibuat untuk ke tanah suci esok, tetapi ada juga yang mempertikaikan tentang Meena. Sebelum ini Datin sudah menjelaskan status Meena yang masih menunggu sah kerakyatan sebelum boleh memohon passport sebagai warganegara. Tidak pasti adakah memang tujuan netizen untuk sengaja meny4kitkan hati Datin atau sebaliknya.

Bila ramai anak

Alhamdulillah pagi2 ni dah siap packing semua baju anak2 nak pergi menunaikan umrah Insya Allah esok jika tiada haIangan…….mcm ni la bila ramai anak kan….kena tag sorang2 punya nama senang nanti nak cari ni beg siapa….

Alhamdulillah kali ni saya pergi dengan @harmonyexcellenceholidays @harmonyexcellenceholidays sebab byk review bagus dari sahabat2 yg dah pernah pergi terutama saya bawa anak2 yg masih kecil…….Alhamdulillah dari hari pertama berurusan sehingga sekarang sangat mudah.

Dalam pada itu, ramai juga yang bertanya tentang Dato’ Aliff Syukri yang tidak ikut sekali setiap kali isterinya ke umrah.

Nape tak ajak suami sekali….g byk kali tp suami tak bawa….

Kepada yg tanya knapa dato x pergi..sila paham soal jadi tetamu Allah ni bukan soal banyak duit dah tentu2 pasti boleh pergi sebab dah terlebih mampu tapi soalnya siapa yg Allah PILIH untuk ke sana sekalipun dah 7 8 kali ke tanah suci..kalau paham konsep SIAPA YG DIPILIH ALLAH UTK KE SANA pasti tak de soalan kenapa dato tak pergi??patutnya dato’ yg pergi…use your brain before asking please

Semoga dipermudahkan segala urusan datin & famili di sana… Semoga selamat pergi dan kembali… Semoga dapat menjalani ibadah umrah dengan baik dan tenang.. Datin @shahidadherbs abaikan sahaja mulut2 bawang yang suka menyibuk hal orang ni… Ceria2 selalu datin

Kesian datin…datin ni baik..die pon tak dapat nak nasihat kan husben die camne lagi dah…korang jangan le hent4m die..yang buat 0nar laki die..bukan die..walaupon dorg duk serumah tido sebantal tapi sikap seseorg tu datang dari diri sendri..memang kadang orang keliling kene tempi4s..sabar la datin

Kesian juga tengok Datin kena hadapi semua kata-kata netizen. Kami kagum dengan kesabaran Datin. Apa-apa pun kami doakan perjalanan Datin sekeluarga menunaikan umrah esok berjalan lancar serta selamat pergi dan pulang.

Apa kata anda?
Kongsi Artikel Ini :