“Kenapa kena letak gambar mata satu dekat belakang baju tu? Siapa pereka fesyen Sherry.” Tampil dengan fesyen pelik, peminat kesaI dengan pereka fesyen Sherry Al Hadad

Menjadi seIebriti merupakan tiket kepada artis untuk bereksperimen dengan pelbagai fesyen. Masa ini pereka fesyen, juru hias dan solek akan mengambil peluang menunjukkan bakat supaya dapat diketengahkan kepada orang ramai melalui medium seorang artis.

Pengacara Sheery Al Hadad tak terlepas menjadi seorang ikon fesyen yang sering menjadi perhatian netizen. Walaupun mempunyai badan agak berisi ia sekaligus menolak stereotype orang berbadan besar tidak pandai bergaya ataupun berfesyen. Sherry sering tampil cantik dan unik setiap kali muncul di kaca televisyen.

Sekarang ini Sherry sedang mengacarakan program realiti Dansa Dan Sing bersama Juara Gegar Vaganza musim lalu Hady Mirza. Boleh katakan setiap minggu peminat cukup teruja untuk melihat penampilan Sherry. Untuk minggu ini Sherry tampil dengan kelainan rambut pendek dan memakai baju dress labuh berwarna hitam.

https://www.instagram.com/p/B8ETs1bJuFt/

Fuh memang lain macam ala-ala penyanyi terkenal Anita Sarawak. Ramai yang memuji gaya Sherry macam tu. Sekali sekala tampil berbeza tidak salah asalkan tidak terlalu over.

Tapi bagaimanapun ada netizen yang kurang senang dengan fesyen baju tersebut kerana mempunyai simboI mata satu betul-betul di belakang baju Sherry. Tidak pasti sama ada mereka tidak perasan atau pun itu hanyalah corak yang kebetulan sama seperti mata.

Ramai yang meminta penjelasan dari Sherry tetapi Sherry bertindak memadam gambar terbabit di IG untuk mengeIakkan perbaIahan.

Maaf sherry, tapi sy tak berkenan dgn corak mata dekat belakang baju tu (stylist). #hanyamenegurbukanmarah

Sherry is always preety, tapi kenapa kena ada simboI mata 1 kt belakang baju sherry

Anyway, you guys gemp4k iler!

Kenapa @sherry_alhadad knp delete gambar mata iIIuminati dkt posting?? Sepatotnya awak kena gentle menjawab persoalan tu semua…1malaysia tgk awk pkai baju tu…malah mungkin 1dunia!! Maklumlah tdi kata trending!!! SHARIFFAH MARIAM BINTI SYED ABDULLAH AL HADAD…rasanya dtg dari keluarga yg bukan caIang2 ilmu…tetapi kenapa mesti jadi mcm ni? Knp iIIuminati? Knp pkai baju tu? Knp? Knp? Knp?

Mmg da cantik kak sherry malam nie.. cuma satu jer xberkenan. kenapa mesti ade simbol mata satu kt blakang? da macam mata da**aL

Walau bagaimanapun sehingga kini tiada penjelasan dari pihak Sherry ataupun pereka fesyen. Mungkin selepas ini mana-mana artis dapat ambil pengajaran dan lebih sensitif tentang perkara sebegini. Apa-apa pun Sherry tetap terbaik semalam, memang terhibur tengok program Dansa Dan Sing tengok gelagat Sherry dan Hady.

View this post on Instagram

😹

A post shared by sherry_alhadad (@sherry_alhadad) on

Apa kata anda?
Kongsi Artikel Ini :