“Kena tegur sikit dah tarik muka, siap jeling lagi.”

Bila kerajaan mengeluarkan arahan Perintah Kawalan Pergerakan, kita dapat lihat ramai para selebriti yang semakin aktif dilaman sosiaI. Mereka juga tergolong dalam kalangan rakyat yang harus berada di dalam rumah dan segala penggambaran harus dihentikan buat sementara waktu.

Selebriti di Malaysia wajar diberi pujian kerana dalam saat ini mereka tidak henti memberikan nasihat dan kesedaran kepada para peminat. Malah para artis turut mengadakan tadarus dan membaca Al-Quran bersama-sama ketika PKP berlangsung.

Ada juga yang memuat naik aktiviti yang dilakukan bersama dan tak kurang juga berkongsi resepi masakan. Kiranya banyaklah perkara yang berfaedah yang dikongsikan. Pelakon Che Ta juga tidak terkecuali memuat naik aktivitinya bersama keluarga.

Melalui perkongsian yang dimuat naik dalam akaun Instagram anaknya, Aaisyah, Che Ta dilihat mengajar anaknya membaca ayat-ayat Al-Quran dan beberapa surah ringkas. Nampak tegas ye Che Ta bila mengajar Aaisyah, sampai tarik muka si comel u bila kena tegur dengan ibunya.

Salam isyak semua.

View this post on Instagram

Salam isyak semua . #aaisyahdhiarana

A post shared by AAISYAH DHIA RANA (@aaisyahdhiarana111) on

Perkongsian yang dibuat telah mendapat reaksi dari para pengikut Aaisyah. Rata-rata terhibur melihat kecomelan Aaisyah dan terhibur apabila dia tarik muka bila ditegur oleh ibunya.

Syukur alhamdulillah kak dayang doa kan Semoga Aisyah menjadi anak yang solehah dan berjaya dunia akhirat.

Mana dia acik bawang yang haritu nak tengok Aaisyah ngaji, yang dok kata asek makeup ja tu.

Sedap suara mummu dia mengaji…zaman tok kita semua ngaji lagu ni…berlagu.

Comeyyy nye… Pandai aaisyah ngaji… Semoga menjadi anak yg solehah dunia dan akhirat…. aminnnn…

So cute aisyah….. Smoga menjadi anak yang solehah di mata mummy n daddy…..

Apa kata anda?
Kongsi Artikel Ini :