“Kan dah kena sedas dengan abang polis. Fuhh, puas hati tengok!”

Hari ini suda masuk fasa kedua arahan Perintah Kawalan Pergerakan berlangsung. Pihak kerajaan telah memutuskan untuk memperketatkan lagi kawalan dan sekatan perjalanan kepada orang awam. Ini berikutan ramai yang masih degil dan bersikap sambil lewa tentang isu ini.

Namun bagaimanapun, ada beberapa lagi yang masih ‘liat’ untuk akur dengan perintah kerajaan. Malah ada yang meIawan dan menaikkan suara kepada anggota yang bertugas. Sebagai rakyat kita kena faham disaat orang lain berada di rumah, pihak polis dan tentera bersusah payah berada di luar untuk memastikan semua rakyat patuh.

Melalui satu video yang tersebar di laman twitter, seorang lelaki bertindak meninggikan suara pada seorang anggota polis. SaIah seorang polis yang berada di tempat itu kemudian memarahi lelaki tersebut dan memberi amaran supaya jangan sesekali meninggikan suara kepada mereka.

Bila cakap elok elok, mahu tinggikan suara dengan orang. Padan muka kena maki.

Perkongsian yang dibuat oleh salah seorang warga twitter mendapat pelbagai reaksi. Rata-rata tidak senang dengan sikap lelaki tersebut yang bersikap kurang ajar dengan anggota keselamatan.

Aku semak betul jenis sikit2 tinggi suara ni. Kau boleh je cakap elok2, bincang elok2. Nak juga cari jalan yang makan kaki. Hidup bagi ada adab please.

Dia kata “dia punya suara kuat sya pun kuat..” Tp aku dgr polis tu suara normal je.kan dh kena.padan muka.aku pun pantang org mcm ni.anak murid aku jenis cmni pun aku tenking

Suara Cina tu dari macam gangster terus berubah jadi macam suara budak-budak kena marah lepas mintak mainan tak dapat.

polis tu dah letih kerja. nak hadap perangai orang awam macam ni lagi…hmmm

Tak tau lah. tapi mcm puas hati tengok. Makhluk yang panas baran bertemu dengan makhluk panas baran gak.

Vide0:

Apa kata anda?
Kongsi Artikel Ini :