“Kami Bukan Anjing, Jauh beza dengan akhlak kluster tabligh.”

Semalam tular penulisan dari seorang doktor apabila sikap segelintir kluster bangsawan yang dikatakan sangat menjengkelkan. Melalui perkongsian Doktor Mohd Afiq sikap kluster ini yang mementingkan diri dan demand membuatkan petugas staff KKM tidak selesa dengan mereka. Walaupun bukan semua yang berperangai sebegitu tetapi kebanyakkan yang baru pulang dari melancong mempunyai perangai yang sebegitu rupa.

Salah seorang doktor yang juga agak terkenal di media sosial iaitu Dr. Sakinah Sulong juga turut meluahkan rasa kesal dengan sikap kluster terbaru ini. Ada di antara mereka yang sanggup memarahi pekerja barisan hadapan yang ingin membantu mereka sehingga mengeluarkan perkataan yang melampau!

Jom ikut luahan Dr. Sakinah Sulong di Facebook.

Pengalaman menjadi petugas yang mengambil sampel untuk Covid-19, kadang-kadang menjentik hati saya.

Manusia tak kira apa warna kulitnya, datang dengan dua lubang hidung, satu mulut untuk kami ambil swabnya. Tak kira lah siapa dia.

Pengarah Jabatan ke,

Jemaah tabligh ke,

Doktor ke,

Pelajar ke,

Semuanya sama. Lubang hidungnya sama.

Rongga mulutnya sama.

Tapi yang jadi buat ralat ialah kami menyaksikan ada manusia yang sangat sombong.

Masa kami ambik sampel jemaah tabligh, rata-ratanya mudah bagi kerjasama. Datang awal kalau diminta datang untuk pensampelan. Jarang yang buat masalah. Jarang yang nak bergaduh dengan petugas.

Tapi bila ada golongan yang baru turun dari kayangan ni, (yang baru pulang dari luar negara) macam-macam karenah terpaksa dihadapi. Tak nak dikuarantin.

Marah-marah.

Panggil staff kami ‘dog’

Panggil staff kami pencacai najis.

Memang sangat kurang ajar!

Kami tak kisah bekerja keras untuk menyekat penularan Covid-19. Dan bukan kami minta dihampar karpet merah. Tapi betapa kami dihina hanya kerana kami cuba melakukan tugas kami. Sangat menyedihkan.
Sampaikan ada petugas yang terpaksa berundur tak mampu bersuara. Bimbang timbul kekasaran kerana dimaki begitu.

Saya fikir, kalau begini kelakuan orang yang dikuarantin, amat bagus sekiranya laporan polis dibuat. Atau MKN mengeluarkan arahan kepada pihak yang dikuarantin, sekiranya tak nak bagi kerjasama, disumbat lokap sementara!

Kami petugas kesihatan hanya bertindak mengikut arahan.

Buat saringan simptom dan vital sign.

Buat pensampelan.

Buat rujukan ke hospital seandainya perlu.

Hanya untuk memastikan rakyat Malaysia yang baru sampai dari luar negeri ini selamat dan tidak menyebarkan pada orang lain.

Memang kami kena kerja kuat sekarang. Pihak atasan duk pikir mana nak tempatkan mereka, pihak staff bawahan yang bertugas siang dan malam nak buat saringan. Bukan suka-suka.

Tapi, nampaknya, ada orang turun kayangan ini, sombongnya bukan main, bagai dipijak-pijak maruah kami, petugas kesihatan!

Memang tak bersyukur!

Nota kaki: Hari ni kami mendapat pemberian KFC daripada seorang jemaah tabligh yang telah melakukan ujian swab dengan kami. Inilah indahnya akhlak mereka, jauh benar nak dibuat perbandingan.

Sedarkan mereka golongan doktor dan pekerja di KKM telah berkorban terlalu banyak untuk rakyat mereka. Jika tidak dapat membantu untuk meringankan beban janganlah menyusahkan atau menyakiti hati mereka. Kami doakan agar para doktor dan juga semua yang terlibat di barisan hadapan terus diberikan kekuatan untuk membantu melumpuhkan virus ini. Terima Kasih kami ucapkan.

Apa kata anda?
Kongsi Artikel Ini :