“Kalau saya lah dah tak de idea dah nak masak apa.”

Bila kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, kaum ibu dan isteri adalah individu yang sibuk memikirkan persiapan untuk keperluan makanan di rumah. Kalau selalu mungkin masak sekali sehari atau pun seminggu sekali, kali ni terpaksa masak 3 4 kali sehari.

Bila dah 2 jam berada di rumah, mesti suami terutamanya anak-anak akan sentiasa berasa lapar nak makan macam-macam. Dah tak boleh beli kat luar memang ibu-ibu akan tunjuk kehebatan dan bakat masing-masing dalam memasak.

Seperti video yang dimuat naik oleh pelakon Azad, beliau teruja lihat isterinya, Eira Syazira yang setiap hari ada sahaja menu lauk untuk dimasak. Menurut Azad, kalau dia di tempat Eira mesti dah tak ada idea nak masak dah hampir sebulan PKP berlangsung.

Kalau setahun Dok rumah pun pasti kenyang dgn bini koplo aku ni @eirasyaziraofficial apapun Tq

Perkongsian video tersebut mendapat komen baIas dari para pengikutnya. Rata-rata memuji Eira yang pandai melayan suami dan anak-anak. Sememangnya bukan mudah tugas para isteri ni, jadi kaum suami kenalah menghargai.

Syukur pak azad suami yg baik tak pernah kering gusi gurau dengan keluarga, tak pernah kedekut puji isteri buat keje umah. Eira pun isteri yang baik kuat cari duit, tak pernah biar perut pak azad lapaq.

Bukan senang nak dapat isteri yang serba boleh ni…jadi jaga lah dia sebaik mungkin..jangan sia2kanya…

Tips erra tu jaga perut somi

Aku ni dah naik mental… Peratusan mental selepas covid di Malaysia akan naik.. Tahun lepas 28% penduduk Msia sakit mental.. Tahun ini peratusan s4kit mental terus meningkat lagi.. Hahaha…

Apa kata anda?
Kongsi Artikel Ini :