“Kalau Pergi Kedai Beli Bawang Kita Akan Pilih, Inikan Pula Nak Pilih Bini” – Reaksi Azhan Rani Bila Ditanya Tentang Jodoh

Pelakon Azhan Rani mengakui dirinya masih belum mempunyai calon untuk dijadikan pasangan dalam hidupnya.

Menurut Azhan, dia bukan seorang yang terlalu memilih dalam mencari pasangan dan menganggap bahawa jodohnya masih belum tiba lagi.

“Kalau kita pergi kedai beli bawang, kita akan pilih. Inikan pula nak pilih bini, memanglah kena pilih.

“Benda tu semua dah ditulis, jadi saya percaya ada sebab kenapa Allah kata Azhan jangan lagi…. Mungkin persiapan pada diri saya sebagai seorang hamba Allah dan nak membimbing keluarga masih belum layak,” katanya.

Tambah Azhan yang kini berusia 43 tahun, semua orang ingin hidup bahagia dan mempunyai keluarga.

“Sekarang, ini kalau kita tengok dekat sosial media tak kira artis ataupun tidak, banyak sangat berita kahwin dan cerai serta budaya songsang dan sebagainya.

“Siapa sebenarnya tak nak hidup bahagia dan ada isteri cantik dekat rumah serta ada anak yang menyambut kita di rumah.

“Sebenarnya benda itu bukan sesuatu yang senang kerana nak kahwin kalau orang lain kahwin itu niat yang salah buat saya,” katanya kepada HLive.

Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Gempak