Jelas dia memang suka akan perhatian. Kecaman baginya adalah perhatian

Beberapa minggu lalu, agak kecoh dengan kisah usahawan Sajat yang memakai pakaian solat wanita ketika berada di Mekah dan melakukan Umrah. Rata-rata rakyat Malaysia meluahkan rasa tidak senang hati kerana merasakan dia telah mempermainkan agama.

Ramai yang telah menjawab isu ini, tidak kira dari pihak menteri, mufti ataupun ustaz. Boleh dikatakan setiap hari juga kisah tentangnya keluar di saluran media sosiaI. Mungkin dalam sedar tak sedar ia memberikan lebih banyak perhatian kepada Sajat.

Bagi Adam Corrie, sudah tiba masanya untuk tidak lagi membuat sebarang posting berkenaan perkara itu. Kerana semuanya sudah jelas dan pihak bertanggungjawab pun sudah memberikn respon tentang isu ini.

Hari-hari cerita pasal dia. Cukup !!! Hentikan beri perhatian kepada sesiapa sahaja yang sengaja cetuskan kemar4han, tak menghormati agama dan sebagainya.

Jelas dia memang suka akan perhatian. Kec4man baginya adalah perhatian. .

Hentikan update posting gambar2 dan nama dia setiap hari. #adamcorrie

https://www.instagram.com/p/B8OfCk1H6uB/

Perkongsian dan teguran yang dibuat oleh Corrie turut mendapat persetujuan dari rakan artis dan para pengikutnya di IG.

Betul abg corrie..lagi org share pasal die lagi die suka sbb 1 msia tumpu pada berita die.

So true En Adam. Lagi kita mar4h, lagi kita kec4m, lagi dia suka. Marketing percuma juga buat perniagaannya. Hm.

Setuju, rasanya tiba masa kita perlu ‘pulau dia’

Agreed! Akhirnya ada juga hamba yg menyuarakan seperti ini. Semoga Allah pelihara agama Islam diakhir zaman.

Setuju, saya pun ger4m. Tengok follower dia makin bertambah ada la…

Betul juga apa yang dikatakan oleh Corrie, kita biarkan sahaja pihak berwajib menjalankan tanggungjawab, dan kita sebagai netizen jika tidak mempu menghaIang mungkin mampu berdoa yang terbaik sesama umat Islam.

Apa kata anda?
Kongsi Artikel Ini :