Isu anak speech delay, Wawa bidas komen netizen

Isu speech delay atau lewat perkembangan pertuturan kerap dikongsi oleh para terapis terutamanya di media sosial demi memberi kesedaran kepada ibu bapa tentang masalah yang dihadapi oleh anak-anak masa kini. Kadang kala ibu bapa tidak sedar atau kurang peka akan perkembangan pertuturan yang tidak normal atau tidak sejajar dengan milestone tahap usia sebenar anak kerana kurangnya ilmu tentangnya.

Berikutan itu, viral kisah seorang artis ni, Wawa Zainal memuatnaik di laman instagramnya tentang Attar anak sulong beliau mengalami masalah “speech delay” dan mendapat komen hebat dari netizen.

“terpanggil pulak nak komen benda ni. masih lagi issue attar speech delay.. utk pengetahuan korang attar ni pun sama yaa umur setahun lebih da kenal ABC,alif ba ta, nombor, warna, shape,A for apple smpi Z to zebra.. mmg semua tahu & hafal.. tapi pun speech delay jugak yaa.

so jgn selesa sgt anak tu da pandai sebab gajet.. saya cuma nasihat kan kurangkan gajet. tapi terpulang la pada diri sendiri. saya cuma share berdasarkan pengalaman shj. n share pada followers yg bertanya mengenai attar. sekian” bidas Wawa dalam laman IG beliau.

Ramai daripada kita yang mengaitkan peningkatan masalah ini dengan penggunaan gajet di kalangan kanak-kanak dari usia yang terlalu awal. Dalam apa jua hal, gajet tidak seharusnya dipersalahkan kerana ibu bapalah yang sepatutnya mengawal gajet bukannya membiarkan gajet mengawal kehidupan seharian anak-anak kita.

Perkembangan pertuturan, bahasa dan komunikasi kanak-kanak berkembang dengan sangat pesat dari usia lahir sehinggalah usia 5 tahun.

Sumber : Ig Wawa Zainal