Hahahah..Kalau tak kelakar tak boleh ke?

Pengacara dan pelawak Sherry Al-Hadad semakin mendapat tempat di hati para penonton dan peminat industri seni. Jika diikutkan Sherry atau nama sebenarnya Shariffah Mariam Syed Abdullah Al Hadad sudah berada dalam bidang industri dalam tempoh 10 tahun dimana drama pertamanya ketika itu membawa watak pembantu dalam Sutun.

View this post on Instagram

Sapa degil aku batonkan dia. #dudukrumah

A post shared by sherry_alhadad (@sherry_alhadad) on

Namun namanya makin menyerlah apabila dia mendapat job sebagai pengacara. Bukan satu tetapi pelbagai program malah acara-acara yang berprestij turut mengambil Sherry sebagai hos. Apa yang menarik tentang beliau adalah gaya pengacaraan yang bersahaja dan kelakar tetapi lawaknya tidak pernah melampaui batas hingga menyinggung mana-mana pihak. Boleh kami katakan nama Sherry sangat bersih dalam bidang ini.

Sherry sering memuat naik gelagat lucunya di akaun Instagram. Setiap kali itu juga pasti akan membuat para pengikutnya tak kering gusi. Bukan lawak yang dibuat-buat ye Sherry ni. Memang anugerah bakat kepadanya.

I love u Anzel

View this post on Instagram

I love u Anzel 😝 #dontrushchallenge berus ajaib

A post shared by sherry_alhadad (@sherry_alhadad) on

Perkongsian yang dibuat oleh Sherry nyata mendapat pelbagai reaksi dan komen dari para peminat dan juga rakan artis. Anzalna sendiri pun komen taw, jaga-jaga nanti Anzalna pun join. hehe

Hahahhaahha.yg ni gak pling win

OH MY GAWDDDD KAKAK SHERRRYY. AWATLAHHH KLAKAAAAA BENOORRRRR

Mangkuk hang..ye2x je tggu.hahahaha

Hahahahhhhhahahhhhhahahahahhhahha Pinjam berus tu jap nak tengok bertukar jadi apa.

Hahahahahahahaha #dontrushchallenge paling tak rush skali.

Jahahahahahahahahahah. Mu angkara la nyehhhhhh!!!

Hahahah. Kalau tak kelakar tak boleh ke?

Berjuang dengan pandangan peminat dan pemerhati industri seni tempatan yang lebih menghargai mereka yang bertubuh langsing dan cantik membuatkan Sherry harus bekerja lebih keras berbanding artis lain. Walaupun mengambil masa panjang untuk membina kerjaya sebagai pelakon, pelawak dan pengacara, Sherry tetap gembira kerana dalam masa yang sama banyak ilmu yang dikutip.

“Apa yang saya peroleh sekarang bukannya kerja individu, sebaliknya bekerja secara berpasukan.

Jom kita lihat sedikit sebanyak tentang diri Sherry Al-Hadad yang mungkin orang tidak tahu.

– Bersaudara dengan adik-beradik popular yang terlebih dulu menjadi pelakon iaitu Sharifah Haslinda, Sharifah Shahirah dan Sharifah Sakinah.

– Bapanya berasal dari Terengganu manakala ibunya dari Sarawak. Mereka menetap di Taman Melati, Kuala Lumpur sejak Sherry kecil.

– Pernah menjadi tenaga pengajar di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) selepas memperoleh Ijazah Sarjana Muda Seni Persembahan Teater.

– Pernah beraksi dalam teater yang berjaya mencatat kutipan pecah panggung dan memegang watak utama sebagai Nyonya dalam Mak Dara Nyonya (2011) dan Nyonya & The Gang (2012).

– Pernah mengendalikan program Melodi di TV3 bersama teman baiknya Zulin Aziz dan pengacara tetap ketika itu Awal Ashaari selama enam bulan.

– Pertama kali digandingkan dengan Alif Satar sebagai pengacara menerusi program reality Rockanova. Mereka berdua turut diberi peluang mengendalikan majlis besar dan berprestij Anugerah Juara Lagu ke-32.

Apa kata anda?
Kongsi Artikel Ini :