Gagal terpilih ke peringkat akhir OSCAR, Upin Ipin tetap juara di hati rakyat Malaysia

Filem Animasi Upin Ipin bukanlah asing lagi di negara kita. Bukan sahaja menjadi kegemaran kanak-kanak malah orag dewasa juga turut sama menonton siri dan filem yang ditayangkan. ‘Upin dan Ipin: Keris Siamang Tunggal’ terbitan Les’ Copaque Production telah menelan belanja sebanyak RM20 Juta yang menampilkan kembar kegemaran Malaysia bersama Karakter-karakter Melayu Tradisional yang sangat dekat dengan rakyat Malaysia sendiri.

Filem ini juga telah ditayangkan di luar negara seperti Indonesia, Filipina dan Vietnam. Malah menurut Pengarah Urusan Les’ Copaque Production Burhanuddin Md Radzi, ia juga sedang menunggu tarikh untuk tayangan di China. Bukan calang-calang filem yang dapat menembusi dan dapat jadi senarai pencalonan awal untuk Anugerah Filem Paling Berprestij di Dunia, OSCAR. Walaupun tidak terpilih sebagai top lima di anugerah Oscar, sekurang-kurangnya sudah berjaya membawa Upin Ipin ke peringkat antarabangsa, Hollywood.

Filem animasi berkenaan mencatatkan sejarah apabila menjadi filem pertama negara bagi kategori berkenaan yang berjaya menempatkan diri dalam senarai 32 calon akhir daripada ratusan penyertaan yang diterima dari seluruh dunia.

Menyingkap semula perjalanan animasi Upin Ipin yang mula ditayangkan pada tahun 2007 adalah hanya animasi pendek dengan tujuan mendidik anak-anak agar dapat menghayati erti bulan ramadhan. Tidak disangka penerimaannya terlalu memberangsangkan sehingga kini Upin Ipin turut menjadi buah mulut di Negara Indonesia.

Sepanjang tahun 2019 sahaja, Upin Ipin telah berjaya meraih 14 anugerah bukan sahaja di dalam negara tetapi juga di luar negara. Netizen tetap menganggap Upin Ipin juara di hati rakyat Malaysia.

It’s okayy we still superrrr proud of you guys bukan senang nak tercalon ,dah short listed pun dh hebat sangat dh tu.

It’s alright, Les Copaque. Keep entertaining your viewers, improve wherever you can and keep up the good fight! Never give up.

sokay korang! dah tercalon awal2 pun dah bangga dah. keep up the good work

Terbaik di mata rakyat Malaysia !!!

Sekurangnya nama upin ipin berjaya masuk antarabangsa dan berjaya tercalon dalam oscar ,bukan senang nak tercalon dalam anugerah besar mcm tu.apa2 kami tetap support filem animasi malaysia .teruskan buat karya karya yang hebat ,mana tahu nanti boleh tercalon lagi.

Apa kata anda?
Kongsi Artikel Ini :