“Eee geramnyaaa! Rongak pun comel!”

Tahun lepas pelakon Datin Umie Aida telah membuat keputusan yang paling bermakna dalam hidupnya iaitu mengambil seorang anak angkat perempuan yang diberi nama Aisya.

Mengimbas kembali ketika itu Umie mengakui pada awalnya tidak mempunyai perancangan untuk mengambil anak angkat, namun menyifatkan ia sebagai rezeki apabila bayi tersebut belum mendapat keluarga angkat lain.

“Pada awalnya saya ‘forward’ mesej kepada semua rakan dan bertanya jika mereka inginkan anak angkat ketika bayi itu baru dilahirkan 12 hari lalu. Memandangkan tidak ada maklum balas, saya buat tak tahu saja. Saya berfikir mungkin mereka akan menghubungi ibu bayi ini sendiri.

View this post on Instagram

#messyplay cake aunty @mymumsbakery

A post shared by umieaida 🇲🇾 (@umieaida9) on

“Namun, pada sebelah tengah hari saya tergerak hati bertanya semula kepada ibu bayi ini sama ada sudah ada yang berminat atau belum. Apabila diberitahu tidak ada siapa yang memberi maklum baIas, saya terus berkata saya nak,” katanya

Sekarang hidup Datin Umie dilihat lebih ceria dan bertambah bahagia dengan kehadiran sikecil ini. Umie sering memuat naik video dan foto Aisya kerana ramai yang ingin melihat perkembangan dan gelagat si kecil ini

One of the best feelings in the world is knowing that someone is happy because of you .

#stayhome #staypositive #stayblessed #stayhealthy #staybeautiful #staysafe #malaysia #lockdown #yalatiff1000x

Perkongsian yang dimuat naik oleh Datin Umie mendapat pelbagai reaksi dan komen dari para pengikut dan rakan-rakan artis. Rata-rata terhibur melihat kecomelan baby Aisya!

Alaaa nape pendekk sangat bideoo ecahhh niii….

Ya Allah baik nye…duduk diam jerrr

Suka dia. geli la tu org main pipi..

Bestnya urut-urut muka tu. Comel je gigi nak tumbuh

Muka happy Aishah tak leh ajak bincang.

Sebelum ini, Umie sudah memiliki dua anak angkat lelaki iaitu Mohd Daniel Firdaus, 26, dan Mohd Dzulhelmy, 25, yang berada di bawah jagaannya semenjak kedua-duanya masih kecil.

Umie mendirikan rumah tangga bersama suami, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan. pada Mac 2010 dan tidak dikurniakan cahaya mata.

Semoga baby Aisya dapat membesar menjadi seorang anak yang solehah dan penyejuk mata ibu dan ayah ye.

Apa kata anda?
Kongsi Artikel Ini :