Dulu ‘Dibuang’ Ibunya Ketika Berusia 2 Tahun, Kini Jadi CEO Dan Jutawan Pada Usia 20 Tahun

Dulu ‘Dibuang’ Ibunya Ketika Berusia 2 Tahun, Kini Jadi CEO Dan Jutawan Pada Usia 20 Tahun. Umurnya baru menginjak 20 tahun ketika wanita ini bergelar jutawan muda malah diiktiraf sebagai antara ketua pegawai eksekutif (CEO) termuda.

Lebih membanggakan apabila dia mendapat pengiktirafan antarabangsa, Gawad Award America di California, Amerika Syarikat tahun lalu sebagai CEO Filipina Termuda dalam bidang kosmetik dan penjagaan kulit.

Glenda Victrorio bukan nama asing di negara itu, bahkan pencapaiannya hasil usaha keras sejak usianya belasan tahun. Siapa sangka daripada anak yang menjadi mangsa percer4ian ibu bapa, malah ‘dibuang’ ibunya sendiri ketika berusia dua tahun kini menggapai kejayaan luar biasa di negaranya.

Glenda ketika berkunjung ke Malaysia

teamnetizen.com - Dulu 'Dibuang' Ibunya Ketika Berusia 2 Tahun, Kini Jadi CEO Dan Jutawan Pada Usia 20 Tahun

Pemilik jenama Brilliant Skin Essentials ini mengakui kejayaan itu bukan datang bergolek sebaliknya dia terlebih dulu merasai kep3ritan hidup bersama neneknya selepas ditinggaIkan ibu bapanya.

Pada usia 12 tahun ketika kebanyakan rakan seusia berada di rumah menyiapkan kerja sekolah, Glenda sudah mula berdikari dengan menjual apa saja barangan demi sesuap nasi.

Dari rumahnya di Morong, Rizal, Filipina, dia ke Divisoria untuk membeli pelbagai barangan dan menjualnya semula secara dalam talian. Pada masa sama, dia turut bekerja sebagai pembantu di syarikat antarabangsa.

teamnetizen.com - Dulu 'Dibuang' Ibunya Ketika Berusia 2 Tahun, Kini Jadi CEO Dan Jutawan Pada Usia 20 Tahun

Bagaimanapun, Glenda dipecat selepas syarikat mendapati dia masih di bawah umur. Malah pada usia baru 17 tahun dia mengambil keputusan berkahwin dengan teman lelakinya ketika itu.

Meskipun sudah berkeluarga, Glenda tidak pernah mengalah atau melupakan cita-citanya untuk berjaya dan kaya.

Ketika trend pemasaran dalam talian meledak, dia bijak mengambil peluang dan kesempatan untuk membina rangkaian di alam maya menerusi penjualan pelbagai barangan pengguna termasuk produk kecantikan.

Menyifatkan dirinya bertuah kerana mendapat sokongan dan bantuan sepenuhnya daripada suami tercinta, Mart Crispher Victorio, mereka berdua tidak pernah mengenal erti putus asa meskipun kedua-duanya masih berusia belasan tahun.

Ketika dia dan suami bergelut membesarkan bayi sulung mereka dalam usia yang amat muda, pasangan ini gigih mencari rezeki dengan menjual semula apa sahaja produk berharga murah yang boleh dibeli di sebuah pusat komersial terkenal di Manila.

teamnetizen.com - Dulu 'Dibuang' Ibunya Ketika Berusia 2 Tahun, Kini Jadi CEO Dan Jutawan Pada Usia 20 Tahun

Daripada menjual lilin, selipar dan segala barangan murah, kehidupan ringkas pasangan ini banyak dihabiskan dengan perjalanan jauh dari rumah ke tempat memborong barangan hingga memberikan tekanan kepada mereka.

Bagaimanapun, tekanan yang dialami dan kekurangan tidur amat menjejaskan kulit wanita ini. Banyak jerawat mula timbul di wajahnya, namun ‘musibah’ itulah sebenarnya yang membuka jalan hingga mencipta kejayaan besar.

Ibu kepada dua cahaya mata ini melakukan eksperimen dengan menjadi pembekal lilin dan mereka bersama-sama merumuskan sabun berasaskan arang hitam dengan Glenda sendiri menjadi subjek ujian. Ia amat berkesan buatnya dan apabila Glenda memuat naik gambarnya dalam talian, ia menjadi trend dan tuIar di negara itu.

Glenda menggunakan kemahiran pemasarannya dan strategi kreatif untuk menjual dalam talian daripada pembekalnya sehingga akhirnya, selepas penyelidikan dan kajian yang menyeluruh, dia memutuskan untuk mengeluarkan produknya sendiri pada 2016.

Gambar lama ketika baru berkahwin dengan suami:

teamnetizen.com - Dulu 'Dibuang' Ibunya Ketika Berusia 2 Tahun, Kini Jadi CEO Dan Jutawan Pada Usia 20 Tahun

Selepas beberapa tahun kukuh di pasaran tempatan, dia mula giat melakukan promosi di negara Asia lain termasuk di Malaysia, malah dia berharap penembusan pasaran lebih tinggi dalam industri halal global menerusi rangkaian produknya itu.

Bahkan, baru-baru ini syarikatnya turut mendapatkan persijilan halal di negara ini kerana produknya semakin mendapat tempat dalam kalangan pengguna Muslim.

Kesungguhan ibu muda adalah bukti bahawa tiada yang mustahil asalkan rajin berusaha dan tidak mudah berputus asa. Rahsia kejayaannya adalah meletakkan hati, minda dan jiwa dalam sekecil-kecil perkara yang dilakukannya.

Semoga kisah wanita ini dapat memberikan inspirasi buat kita semua.

Sumber : Harian Metro via teamnetizen